Lothar Matthaus Dedahkan Tuchel Ada Berhubung Dengan Arsenal

Terdapat pelbagai laporan media di Jerman tentang Tuchel dan Arsenal. Kicker menyatakan yang Tuchel menolak tawaran daripada beberapa kelab besar termasuk Bayern Munich untuk mendapatkan jawatan di Arsenal.

Bayern Munich menyenaraikan beberapa nama untuk menggantikan Jupp Heynckess yang kini hanya bertugas sebagai interim. Masih belum ada tanda-tanda Heynckess mahu kekal lebih lama di Bayern Munich.

Nama Thomas Tuchel antara yang berada dalam senarai Bayern Munich. PSG juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Thomas Tuchel tetapi pengendali dari Jerman itu dikatakan lebih memilih Arsenal.

Lothar Matthaus ada pandangan beliau tersendiri tentang isu itu. Bercakap kepada wartawan Omnisport ketika menghadiri perlawanan amal melibatkan legenda Liverpool dan Bayern Munich, Lothar Matthaus berkata:

“Awak tahu bukan yang saya pun seorang wartawan juga, kerja dengan Sky, kita terpaksa membuat tajuk utama setiap hari. Namun saya rasa, Thomas Tuchel akan menjadi pilihan untuk menggantikan Arsene Wenger.”

“Saya tahu yang beliau sudah berhubung dengan Arsenal. Namun tiada siapa yang tahu apa yang mereka bincangkan di belakang.”

Berita ini agak menarik kerana ketua pemantau bakat Arsenal, Sven Mislintat sebelum ini pernah bertengkar dengan Thomas Tuchel. Itu adalah sebab kenapa Mislintat meninggalkan Borussia Dortmund.

Namun begitu, wartawan sukan Raphael Honigstein memberitahu yang tidak mungkin Tuchel akan ke Arsenal. Hongisten juga menyatakan yang Tuchel tidak akan ke Bayern Munich.

Arsene Wenger masih ada kontrak sehingga 2019 bersama dengan Arsenal. Adakah Wenger akan digantikan dengan pengurus baru selepas tamat musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN