Los Angeles FC Mulakan Aksi Sulung MLS Dengan Kemenangan

Los Angeles FC, kelab terbaru dalam saingan Major League Soccer bermula dengan langkah kanan. Mereka memenangi perlawanan sulung ketika menentang Seattle Sounders.

Tambah manis, mereka menewaskan Sounders di laman lawan, CenturyLink Field.

Hero LAFC

Diego Rossi menjaringkan gol sulung untuk kelab baharu itu. Beliau menerima hantaran daripada Carlos Vela.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan pada minit ke-11. Malah, gol tersebut memecahkan rekod sebagai gol terpantas dijaringkan oleh ‘expansion team’ dalam MLS.

Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh Freddy Montero untuk Seattle Sounders. Gol Freddy itu dijaringkan pada 2009.

Selain itu, kemenangan itu menyaksikan LAFC menjadi ‘expansion team’ pertama menang perlawanan pertama di tempat lawan. Kali terakhir kelab yang memegang rekod tersebut ialah Chicago Fire pada musim 1998.

Tidak bolos

Langkah kanan buat LAFC. Sumber: FootballGhana.

Selain itu, LAFC tidak melepaskan sebarang gol pada perlawanan ini. Mereka meraih 3 mata pertama untuk musim ini.

Antara pemain yang membuat penampilan pertama bersama LAFC ialah Carlos Vela. Selain itu, Benny Feilhaber juga turut menjadi salah satu kesebelasan pertama menyarung jersi LAFC dalam sejarah.

LAFC bakal bertemu Real Salt Lake untuk perlawanan kedua MLS. Perlawanan ini akan diadakan di tempat lawan iaitu Rio Tintio Stadium pada 10 Mac.

Untuk perlawanan ketiga, LAFC akan bertemu seteru sesama Los Angeles yakni LA Galaxy. Perlawanan itu diadakan di StubHub Center.

LAFC bakal menjalani 5 perlawanan pertama di tempat lawan. Ini bermakna pada perlawanan keenam barulah mereka akan beraksi di laman sendiri.

Lawan mereka ialah Seattle Sounders pada pertembungan tersebut. Perlawanan itu akan diadakan pada penghujung April.

LAFC diletakkan dalam Western Conference bersama 11 kelab yang lain. Semoga berjaya buat LAFC!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN