Loris Karius Terima Ancaman Bunuh Selepas Perlawanan Akhir UEFA Champions League

Perkara ini merupakan satu hal yang kita tidak mahu dengar.

Penjaga gol Liverpool, Loris Karius menerima ancaman bunuh selepas aksi buruk beliau dalam aksi perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) menentang Real Madrid semalam.

Sejak persembahan buruknya semalam, Karius menerima pelbagai serangan terutamanya di media sosial selepas apa yang berlaku.

KIEV, UKRAINE – MAY 26: Loris Karius of Liverpool breaks down in tears after defeat in the UEFA Champions League final between Real Madrid and Liverpool on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Dikala ada penyokong yang cukup kuat untuk memaafkan persembahan buruk beliau, terdapat sebilangan penyokong yang melebihi had apabila mengancam untuk membunuh beliau.

“Pasukan saya Liverpool telah berjuang dengan cukup baik dan saya cukup berbangga dengan mereka. Kecuali si Loris Karius dia boleh pergi mati.”

Apa yang tertulis di atas tersebut merupakan satu tweet yang ditulis oleh pemilik akaun “chasepacheco1” di Twitter.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai dan mereka telah melaporkan kepada Police Merseyside untuk tindakan selanjutnya.

Di pihak Police Merseyside, mereka sedar dengan ancaman yang diberikan kepada penjaga gol itu. Terutamanya selepas terhasilnya tweet-tweet sebegini:

“Aku akan bunuh anak perempuan kau, aku akan bunuh anak perempuan kau.”

“Saya harap seluruh keluarga anda mati.”

Karius terdahulu sudah 2 kali melakukan permohonan maaf, satu sejurus selepas perlawanan tamat.

Kedua adalah menerusi laman sosial beliau yang dimana beliau mengatakan beliau tidak tidur lena kerana mengenangkan kesilapannya.

“Saya belum dapat tidur lena sampai sekarang, apa yang berlaku masih lagi menghantui saya lagi dan lagi.”

“Maaf semaafnya kepada semua rakan sepasukan saya, kepada anda semua para peminat, dan kepada semua staf.”

“Saya sedar saya telah rosakkannya dengan 2 kesilapan saya dan telah kecewakan anda semua.”

Kami sedar kekecewaan yang diterima dalam bola sepak kadangkala tidak mampu ditanggung. Malah, penulis kami yang pro-Liverpool seperti Axello dan Nazreen tidak dapat menerima kesilapan beliau.

Akan tetapi, kita sebagai penyokong tidak seharusnya bertindak melebihi had sehingga menulis atau berkata-kata perkara yang tidak elok di media sosial atau dunia realiti.

Jadi, berhati-hatilah dengan apa yang katakan. Kelak ia memakan diri sendiri nanti.

during the UEFA Champions League Final between Real Madrid and Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN