Loris Karius Hampiri Pintu Keluar Anfield, Dijangka Sertai Besiktas

Karius

Kini, masa depan salah seorang penjaga gol Liverpool kini telah pun ditetapkan.

Penjaga gol yang berasal dari Jerman iaitu Loris Karius kini semakin hampir untuk ke Turki bagi mencari minit permainan yang lebih di sana.

Menurut laporan Fox Sports, penjaga gol yang kini menjadi pilihan kedua Jurgen Klopp di Anfield itu kini sedang dalam proses untuk melengkapkan perpindahan beliau ke Besiktas.

Berita ini pastinya sedikit berbeza kerana sebelum ini gergasi bola sepak Turki ini juga dikaitkan dengan perpindahan untuk satu lagi penjaga gol Liverpool iaitu Simon Mignolet.

Karius dijangka akan menyertai Besiktas sebelum jendela perpindahan musim panas tamat pada hujung bulan ini.

Beliau akan sertai pasukan tersebut secara pinjaman selama 2 musim disamping kelab Turki itu mempunyai pilihan untuk mendapatkan Karius secara tetap.

CHESTER, ENGLAND – JULY 07: Loris Karius of Liverpool during the Pre-season friendly between Chester FC and Liverpool on July 7, 2018 in Chester, United Kingdom. (Photo by Lynne Cameron/Getty Images)

Dengan tidak terlibatnya Karius dalam skuad perlawanan Liverpool dalam aksi Premier League menentang Crystal Palace semalam, ianya menguatkan perkhabaran yang pemain itu sedang menguruskan perpindahan keluar.

Sebelum ini, Mignolet lebih dianggap sebagai calon untuk meninggalkan Anfield kerana kemahuan pemain itu untuk bermain sebagai penjaga gol utama kerana usia beliau yang semakin meningkat.

Namun sehingga kini masih lagi tiada perkhabaran mengenai perpindahan pemain tersebut dan beliau dijangka akan kekal di Liverpool sebagai penjaga gol pilihan kedua di belakang Alisson Becker.

Sebelum ini, penjaga gol Danny Ward telah pun pergi menyertai Leicester City.

Kelab luar England masih lagi berpeluang mendapatkan pemain dari Premier League walaupun jendela perpindahan masuk liga itu sudah pun ditutup tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN