Lopetegui Belum Putuskan Penjaga Gol No.1, Yakin Benzema Jaringkan 40 Gol Semusim

Pengurus baru Real Madrid, Julen Lopetegui tidak melihat sebarang masalah untuk Benzema menjaringkan 40 gol musim ini, sekaligus menjadi pencabar Anugerah Pichichi musim ini.

Sebelum ini Cristiano Ronaldo konsisten menjadi penjaring utama pasukan dan pencabar anugerah tersebut sejak menyertai Real Madrid.

Benzema memulakan musim ini dengan cemerlang, 4 gol daripada 3 perlawanan La Liga termasuk 2 gol menentang Leganes semalam, di mana Real Madrid menang 4-1.

Musim lalu Benzema hanya menjaringkan 5 gol dalam liga musim lalu. Membuatkan ramai penyokong mengkritik pemain tersebut.

Lopetegui tidak terkejut jika Benzema menjadi penjaring terbanyak liga musim ini kerana kualiti yang ada pada pemain itu.

Namun keutamaan setiap pemain Real Madrid sudah pastinya untuk pasukan.

“Kenapa tidak? Kenapa beliau tak boleh menjaringkan 30 ataupun 40 gol?”

“Paling penting adalah pasukan dan gol itu adalah hasil kerjasama satu pasukan.”

“Benzema pemain yang hebat. Kredit wajar diberikan di atas apa yang beliau telah lakukan.”

“Beliau gembira di sini dan membantu pasukan ini. Saya mahukan beliau kekalkannya.”

Situasi penjaga gol

Ditanya tentang posisi penjaga gol, selepas beliau merehatkan Navas dan memberikan debut kepada Courtois, pengendali tersebut menyatakan buat masa ini, Real Madrid tiada penjaga no.1 lagi.

Navas baru sahaja dianugerahkan Penjaga Gol Terbaik UEFA 2017/18. Dalam perlawanan menentang Leganes, beliau diletakkan di bangku simpanan dan memberikan peluang kepada Courtois melakukan debut.

“Kami ada 3 penjaga gol dan kami akan cuba mencari solusi terbaik kepada kesemua mereka.”

“Dan kami sudah merancang dari awal bahawa Courtois akan beraksi dalam perlawanan ini. Jadi, tak perlu saya jelaskan lebih lanjut.”

“Buat masa ini kami ada opsyen yang sangat hebat di posisi penjaga gol.”

“Keylor Navas bermain sangat baik menentang Girona sebelum beliau dianugerahkan penjaga gol terbaik UEFA.”

“Kita akan tunggu dan lihat keputusan yang akan kita buat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN