Longhi: “JDT Sudah Sedia Hadapi Piala Malaysia, Peluang Beberapa Pemain Pamer Aksi”

Pengendali JDT menyatakan yang beliau dan anak-anak buahnya telah mempersiapkan diri untuk Piala Malaysia musim ini. JDT menjuarai kejuaraan Liga Super ke-5 berturut-turut dalam sejarah kelab mereka.

JDT turut mencipta beberapa lagi rekod membanggakan:

Longhi gembira kerana para pemain beliau masih kekal fokus dan terus menanam mentaliti menang dalam diri mereka walaupun sudah dinobatkan sebagai juara Liga Super.

Beliau berkata kepada laman JST:

“Kami di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim amat gembira kerana berjaya mencipta sejarah baharu. Namun apa yang paling penting adalah mentaliti mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan ada dalam diri setiap pemain.”

“Agak sukar sebenarnya bagi kami untuk mengekalkan mentaliti kemenangan selepas berjaya dinobatkan sebagai juara liga, namun para pemain berjaya mengekalkan mentaliti tersebut dan memenangi baki perlawanan.”

Bercakap tentang persiapan Piala Malaysia, beliau optimis dengan kualiti skuad yang ada meskipun hilang beberapa tonggak untuk panggilan kebangsaan.

Beliau memberikan isyarat jelas bahawa beberapa pemain yang selama ini kurang aksi dalam pasukan utama kini akan memainkan peranan mereka dalam pasukan.

“Kami telah pun melakukan persiapan untuk saingan Piala Malaysia kerana ia merupakan satu lagi peluang untuk kami. Walaupun beberapa pemain seperti Syamer Kutty dan Safawi Rasid perlu bermain untuk skuad kebangsaan.”

“Namun di JDT masih mempunyai beberapa lagi pemain lain yang juga penting bagi kami. Jadi, tiada masalah bagi kami.”

Beliau optimis dengan peluang JDT untuk menjuarai Piala Malaysia. Namun mereka harus cuba memenangi setiap perlawanan terlebih dahulu.

“Apa yang penting adalah kami akan cuba memenangi perlawanan. Kami mempunyai peluang dan kemungkinan untuk memenangi Piala Malaysia namun kami perlu menghadapi satu demi satu perlawanan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN