Bayern Munich Umum 5 Perubahan Pada Logo Kelab

Kelab Jerman iaitu Bayern Munich telah pun mengumumkan perubahan terhadap logo kelab mereka.

Walaupun begitu, perubahanan yang dilakukan tidaklah begitu drastik seperti kelab-kelab lain.

Jika pasukan-pasukan seperti Tottenham Hotspur dan juga Queens Park Rangers melakukan perubahan drastik kepada logo mereka, Bayern Munich melakukan perubahan yang sedikit sahaja kepada logo mereka.

Bayern Munich telah melakukan 5 perubahan kepada logo mereka.

Perubahan pertama adalah warna biru yang digunakan pada logo, untuk pembaharuan warna biru pada logo Bayern Munich menggunakan warna biru yang lebih gelap berbanding sebelum ini.

Perubahan kedua adalah pada warna merah pada logo. Seperti warna biru, warna merah yang baharu turut menggunakan warna yang lebih gelap berbanding sebelum ini.

Bagi perubahan ketiga adalah pada huruf ‘M’ di perkataan ‘Munchen’, untuk logo baharu huruf tersebut lebih pendek berbanding pada logo sebelumnya.

Terdapat juga perubahan di tengah-tengah logo apabila darjah senget bagi lambang Bavaria di tengah-tengah logo Bayern Munich itu ditambah dari -30 kepada -35.

Perubahan terakhir pada logo ini adalah huruf ‘C’ yang digunakan dalam logo ini.

Dalam logo baharu, huruf ‘C’ dipanjangkan bentuknya berbanding pada logo sebelum ini.

Anda boleh rujuk perubahan ini dengan merujuk tweet di bawah.

Walaupun nampak minima, namun perubahan tersebut membuatkan logo Bayern Munich yang baharu ini tampak lebih tajam dan kemas berbanding sebelum ini.

Apa pendapat anda mengenai perubahan ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN