Ljungberg Mahu Jawatan Pengurus Tetap Diputuskan Segera

Pengendali interim pasukan Arsenal, Freddie Ljungberg menyatakan pandangannya tentang jawatan pengurus tetap.
Dan beliau kalau boleh mahu perkara itu diselesaikan dengan segera.

Ljungberg tidak pasti siapa sahaja calonnya. Dan jika Arsenal merasakan beliau layak untuk menggalas tugasan itu, beliau juga bersedia.

Arsenal memecat Unai Emery pada 29 November yang lalu dan mereka melantik Ljungberg sebagai pemangku.

Namun situasinya sekarang, Ljungberg tidak dibenarkan untuk menambah staf kejurulatihan secara bebas.

Ljungberg hanya dibenarkan membawa pengurus pasukan akademi iaitu Per Mertesacker untuk membantunya juga sebagai interim.

“Kelab suruh saya tunggu dahulu sehingga mereka membuat keputusan. Dan sebab itu saya tidak boleh berbuat apa-apa ketika ini.”

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1205805359622950912

“Saya ada Per, tetapi beliau juga merupakan pengurus akademi Arsenal. Beliau banyak menolong saya dari sudut kejurulatihan.”

“Kelab sudah memberitahu saya, mereka akan membuat keputusan, saya pun tak pasti sama ada saya terus kekal di sini ataupun terpaksa pergi. Ataupun mungkin mereka boleh melakukan sesuatu untuk penstrukturan staf.”

“Tetapi semua ini terpulang kepada kelab.”

Ljungberg mengakui beliau sangat sukar beroperasi ketika ini kerana kurang staf. Jadi, Ljungberg berharap Arsenal akan cepat mendapat pengurus tetap yang baru.

“Jika kamu melihat jurulatih sebelum ini, mereka ada staf yang ramai. Tetapi saya cuma sedikut. Jadi, jika kamu nak beroperasi seperti ini, bulan demi bulan, ini bukan mudah. Tetapi semua ini terpulang sepenuhnya kepada kelab.”

“Saya sendiri tidak mahu memberikan tekanan bahawa saya nak terus kekal atau tak dekat jawatan ini.”

“Apa yang saya cuba katakan ini, setiap bos di setiap kelab akan cuba sedaya upaya, begitu juga saya, akan berusaha sedaya upaya dengan kuasa yang saya ada untuk kelab ini dan pemain.”

“Tentang keputusan melantik pengurus baharu, saya tak nak letakkan emosi di situ, kerana ini sebenarnya memang urusan profesional sepenuhnya. Terpulang kepada mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN