Liverpool Tolak Spekulasi Mahu Beli Bekas Pemain Man Utd, Memphis Depay

Liverpool tidak pernah merancang untuk membawa masuk penyerang sayap Lyon, Memphis Depay ke Anfield pada musim panas ini. Demikianlah laporan yang dinyatakan oleh Sky Sports.

Depay sebelum ini telah menimbulkan spekulasi melalui sebuah video beliau menaiki sebuah jet peribadi berwarna merah dengan caption ” Merci Lyon” yang dimuat naik ke laman media sosial.

Perkara itu pantas mendapat perhatian dari pengguna media sosial yang lain, terutama dari kalangan penyokong Liverpool.

Tidak kurang, ada juga yang cuba menjejak ke mana penerbangan khas tersebut telah membawa Depay.

Beberapa laporan akhbar di UK turut melaporkan pemain antarabangsa Belanda itu juga berada di bawah radar Jurgen Klopp pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun , Sky Sports melalui sumber dalaman mereka mengesahkan Liverpool langsung tidak pernah menunjukkan minat untuk mendapatkan bekas pemain Manchester United itu.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Lyon dari United pada Januari 2017, dan telah menjaringkan 39 gol daripada 115 penampilan sejak daripada itu. Depay juga cemerlang membantu kelab Perancis tersebut mara ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) sejak dua musim lalu.

Karier pemain itu bermula di Belanda bersama PSV Eindhoven sebelum berhijrah ke Old Trafford pada 2015 di era Louis van Gaal.

Namun isu konsistensi sentiasa menghantui Depay, dan akhirnya pemain tersebut meninggalkan Manchester United selepas hanya tampil dalam 53 perlawanan, dan menjaringkan 7 gol untuk The Red Devils.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN