Penyokong Liverpool pastinya kecewa selepas gagal menang perlawanan yang seharusnya mereka menang. Liverpool diikat 1-1 oleh Newcastle di St. James’ Park.
Liverpool bermula dengan tempo permainan yang baik namun seperti biasa, mereka mensia-siakan beberapa peluang dan gagal menyudahkan serangan balas.
Coutinho menjaringkan ‘wonder-goal’ dari luar kotak penalti. Dan ia sudah menjadi gol trade mark beliau dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Namun Liverpool melepaskan bolos selepas Matip gagal mengeluarkan bola dengan kemas dan melantun di kaki Joselu.
Liverpool terus memburu gol kedua, skrip yang sama. Buntu! Pasukan lawan pula memilih untuk bertahan dan cuba melancarkan serangan balas.
Masalah yang sama dihadapi oleh Liverpool iaitu ketidakmampuan mereka membunuh perlawanan dengan segera. Jika masalah ini tidak diatasi, Liverpool akan berterusan membiarkan pasukan lawan mereka lebih bermotivasi di dalam perlawanan.
Klopp cuba memperbaiki sistem serangan dengan memasukkan Roberto Firmino namun ianya masih tidak mampu memberikan penambahbaikan yang lebih kepada pasukan mereka.
Keputusan seri ini memmbuatkan Liverpool terlepas peluang untuk berada di 4 teratas. Mereka menghuni tangga ke-7 dengan 12 mata dalam EPL setakat ini.
Newcastle pastinya berpuas hati dengan keputusan ini. Rafa Benitez berjaya mewujudkan satu sistem yang mampu memberikan mereka mata.
Newcastle hampir menang pada masa kecederaan jika percubaan Diame dari dalam kotak penalti lebih baik.
Perlawanan seterusnya adalah, Liverpool akan menentang pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik yakni musuh utama mereka Manchester United pada pertengahan Oktober hadapan.