Quantcast

BERITA

VIDEO: Jaringan Penyamaan Michail Antonio Buat Liverpool Tercicir Mata Lagi

Kurang fokus ketika melakukan tugas bertahan mengakibatkan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dengan West Ham, sekaligus menyebabkan kedudukan mereka di tangga teratas liga kini semakin dirapati oleh Manchester City.

Keputusan seri ini adalah yang kedua secara berturut-turut buat Liverpool.

The Reds berjaya menjarakkan diri dari Manchester City yang berada di tangga kedua kepada tiga mata, namun skuad kendalian Jurgen Klopp merupakan pasukan pilihan untuk mendapatkan tiga mata penuh berhadapan dengan West Ham yang kekal di tangga ke-12 liga selepas keputusan.

(Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Segalanya bermula dengan baik buat Liverpool dalam perlawanan ini. Sadio Mane meletakkan mereka di hadapan apabila percubaan pemain itu melepasi jangkauan Lukasz Fabianski pada minit ke-22, walaupun James Milner yang menghasilkan bantuan gol itu terlebih dahulu berada di posisi offside.

West Ham bertindak balas

West Ham tidak berdiam diri selepas Liverpool berada di hadapan. Malah skuad kendalian Manuel Pellegrini itu memberikan ancaman sejak dari mula sebagai indikasi perlawanan ini tidak akan menjadi berat sebelah.

Hanya enam minit Liverpool berada di hadapan. The Hammers kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan. Felipe Anderson bijak melorongkan bola dari sepakan percuma di hadapan kotak penalti, sekaligus memerangkap barisan pertahanan Liverpool.

(photo by John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images)

Hantaran tersebut membebaskan Michail Antonio yang tidak mensia-siakan peluang yang terhidang dengan merembat rendah ke penjuru far post, menewaskan Alison Becker.

Liverpool cuba melakukan serangan selepas itu melalui dua percubaan Mohamed Salah dan tandukan daripada Mane, namun percubaan kedua-dua pemain itu tidak memberi sebarang ancaman kepada Fabianski. Percubaan Divock Origi selepas itu turut terus menuju penjaga gol itu.

West Ham tamatkan rentetan kekalahan

Bagi West Ham, keputusan seri dengan pendahulu liga ini bermakna mereka menamatkan rentetan tiga kekalahan sebelum ini di semua pertandingan – namun turut harus sedikit kecewa kerana tidak mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Aaron Cresswell dan Javier Hernandez adalah antara pemain yang terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol, manakala pada satu ketika Antonio sepatutnya lebih yakin untuk melepaskan rembatan tetapi memilih untuk melakukan hantaran selepas larian yang baik.

Saksikan rangkuman perlawanan dari pautan di bawah:

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!