Liverpool Tak Berpeluh ‘Lanyak’ Man Utd Di Anfield

Liverpool tak berpeluh ‘lanyak’ Manchester United di halaman mereka sendiri hari ini dengan mencatatkan kemenangan 4-0 menewaskan anak-anak buah Ralf Rangnick itu.

Skuad kendalian Ralf Rangnick berkunjung ke Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi saingan Premier League.

Ketika aksi di Old Trafford sebelum ini, skuad kendalian Jurgen Klopp itu cemerlang membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan United dengan keputusan 5-0.

Kali ini bermain di halaman sendiri, The Reds sekali lagi berjaya kenduri gol menewaskan Manchester United empat gol tanpa balas.

Pasukan tuan rumah sangat terdesak mahukan tiga mata penuh dalam usaha mereka untuk terus mencabar Manchester City di puncak saingan Premier League.

Manchester United sementara itu sedang berjuang untuk berusaha berada di kelompok empat teratas dengan mereka kini sedang bersaing rapat dengan Tottenham Hotspur dan Arsenal.

Liverpool 4-0 Manchester United

Liverpool berjaya membuka tirai jaringan mereka seawal minit ke-5 permainan menerusi Luis Diaz hasil umpanan dari Mohamed Salah.

Hasil dari satu serangan pantas, Mohamed Salah tenang melorongkan bola cantik mencari Luis Diaz dari sudut sebelah sayap.

Diaz cemerlang memastikan bola hantaran Mo Salah itu berakhir dalam jaring gawang gol lawan untuk Liverpool mendahului Man Utd 1-0.

Pada minit ke-7 permainan, para penyokong Liverpool telah memberikan tepukan semangat untuk Cristiano Ronaldo atas pemergian bayi lelakinya semalam.

Seluruh stadium berdiri, bertepuk tangan dan turut menyanyikan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ tanda memberi sokongan moral kepada bintang handalan Portugal itu.

Pada minit ke-22, The Reds berjaya menggandakan kedudukan menerusi Mohamed Salah yang cemerlang memanfaatkan bola umpanan Sadio Mane.

Bintang Senegal itu menghantar bola cantik ke dalam kotak penalti mencari Salah yang kemudiannya cemerlang menewaskan David De Gea untuk Liverpool mendahului 2-0.

Pada minit ke-68 Liverpool berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi Sadio Mane yang menyempurnakan hantaran dari Luis Diaz.

Hasil satu serangan pantas yang mengejut, Robertson menghantar bola kepada Diaz yang kemudiannya melorongkan bola ke tengah mencari Sadio Mane.

Mane memanfaatkan bola umpanan Luis Diaz dengan memastikan bola menerjah jaring gawang gol De Gea, seterusnya membantu pasukan tuan rumah mendahului 3-0.

Minit ke-84 Liverpool berjaya memperoleh gol keempat mereka sekali lagi menerusi Mohamed Salah yang menyempurnakan hantaran dari Diogo Jota.

Sebaik mengesan ada ruang untuk Mo Salah masuk, Jota segera menghantar bola ke dalam kotak penalti untuk mencari pemain kebangsaan Mesir itu.

Salah berjaya mendapatkan bola tersebut sebelum memastikan bola berakhir dalam gawang gol De Gea untuk memastikan Liverpool mendahului 4-0.

Liverpool Tak Berpeluh ‘Lanyak’ Man Utd Di Anfield

Aksi babak pertama memperlihatkan bagaimana pasukan tuan rumah terlalu dominan dan terlalu sukar untuk ditandingi oleh Manchester United.

Anak-anak buah Ralf Rangnick itu jelas sekali langsung tak mampu untuk beri saingan dengan mereka sekadar mampu melihat pemain Liverpool melancarkan serangan bertubi-tubi.

Liverpool selepas mendahului dengan keputusan 2-0 mereka dilihat memperlahankan rentak permainan dan lebih banyak bermain hantaran satu dua sesama mereka.

Masuk aksi babak kedua United nampak agak garang dengan mereka berjaya mendapatkan penguasaan bola untuk tempoh sekitar 20 minit.

Dalam pada diserang, Liverpool pada aksi babak kedua berjaya menambah lagi dua gol untuk mengesahkan kemenangan 4-0 berpihak kepada mereka.

Kemenangan ini membantu Liverpool untuk berada di puncak saingan liga dengan kelebihan dua mata mengatasi Manchester City.

Man City walau bagaimanapun selepas ini akan turun beraksi bertemu Brighton dan seandainya mereka menang, maka mereka akan kembali memintas Liverpool untuk berada di puncak saingan liga.

Sementara Manchester United pula, kekalahan ini meletakkan mereka di kedudukan keenam dalam carta saingan liga seterusnya menyukarkan mereka untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN