Liverpool Seri Dengan Chelsea, Diego Costa Gagal Sempurnakan Penalti

Liverpool memulakan perlawanan bulan Februari mereka dengan nada yang tidaklah begitu teruk apabila mereka berjaya mengikat Chelsea di Anfield.

David Luiz dan Gini Wijinaldum kedua-duanya menjadi penjaring buat kedua-dua pasukan.

Kontroversi

Separuh masa pertama perlawanan ini terpalit dengan kontroversi, lebih tepat ketika gol David Luiz untuk Chelsea.

Kontroversi itu terjadi apabila Simon Mignolet merasakan Luiz mengambil sepakan percuma terlalu awal, dan beliau tidak pun lagi bersedia untuk itu.

Bola itu masuk ke dalam gawang dan gol itu dikira.

Namun begitu gol itu adalah sah kerana pengadil Mark Clattenburg sudah meniup wisel, cuma Mignolet sendiri yang tidak bersedia untuk situasi sepakan percuma itu.

Gol David Luiz itu adalah gol Premier League pertama beliau selepas 4 tahun.

Insiden yang terjadi pada separuh masa pertama yang mendorong kepada jaringan gol buat Chelsea itu bagaimana pun berjaya disamakan oleh Liverpool pada separuh masa kedua.

Gini Wijnaldum berjaya menjaringkan gol, 11 minit dari separuh masa kedua bermula dengan tandukan yang menewaskan Thibout Courtois.

Itu merupakan gol ke-3 beliau bersama dan gol kedua dari tandukan oleh pemain Belanda itu.

Chelsea mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan ini di bahagian akhir perlawanan selepas Mark Clattenburg memberikan penalti kepada Chelsea pada minit ke-76.

Ia berlaku selepas Diego Costa dijatuhkan oleh Joel Matip dalam kotak penalti.

Penalti yang diambil oleh Diego Costa itu bagaimana pun berjaya diselamatkan oleh Mignolet untuk mengelakkan kekalahan ke-4 Liverpool di laman sendiri dalam semua kejohanan.

Mignolet kini sudah menyelamatkan 7 sepakan penalti dari 14 penalti beliau bersama Liverpool – paling banyak diantara semua penjaga gol Premier League.

Roberto Firmino juga mempunyai peluang untuk memperoleh 3 mata buat Liverpool namun 2 peluang yang diperloleh beliau tidak berjaya disempurnakan dengan baik.

Apa kata pengurus?

Jurgen Klopp memuji sikap anak-anak buah beliau dalam perlawanan ketika menentang Chelsea.

“Ia adalah perlawanan yang baik dan menghiburkan. Saya puas hati dengan keazaman yang ditunjukkan oleh anak-anak buah saya.”

“Keputusan yang kita peroleh adalah baik, cuma kita perlu kerja keras untuk peroleh keputusan terbaik di akhir musim.”

Bagi Antonio Conte, ia merupakan satu perlawanan yang sukar kerana kedua-dua pasukan mahu menang.

“Ia perlawanan yang sukar, kedua-dua pasukan mahu bermain dengan permainan tempo tinggi.”

“Sayang kerana Costa gagal sempurnakan penalti tersebut. Namun saya puas hati dengan keputusan perlawanan, tak pernah mudah untuk kita lawan Liverpool di tempat lawan.”

Baca juga: PSG Benar Serius Rasakan Jese Adalah ‘Fraud’, Dipinjam Ke Las Palmas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN