Liverpool Sah Terlepas Tandatangani Khidmat Pemain Tengah Dari Algeria

Liverpool kini jelas menjadi pasukan terdesak untuk menandatangani khidmat pemain baharu yang beraksi di posisi tengah, menerusi beberapa tonggak sudah pun berada dalam pemantauan mereka.

Walaupun begitu, kelab tersebut juga tidak terlepas daripada masalah persaingan bersama beberapa pasukan lagi untuk mendapatkan pemain yang sama dikehendaki serta isu lain.

Terbaharu, pemain sasaran mereka iaitu Ismael Bennacer dikhabarkan akan menandatangani kontrak baharu bersama pasukan semasa diwakilinya iaitu AC Milan.

The Reds jelas bergelut dalam prestasi semasa mereka kini, selepas dihantui isu kecederaan serta masalah pemain yang tidak lagi konsisten di posisi tengah.

Pengendali Liverpool iaitu Jurgen Klopp ketika ini tidak mempunyai banyak pilihan pemain di posisi tengah selepas beliau kehilangan Naby Keita dan Jordan Henderson kerana isu kecederaan.

Sementara Fabinho pula jelas mengalami masalah konsistensi dalam perlawanan dan menjadi antara mangsa kritikan para penyokong ketika ini.

Kelemahan ketara Liverpool terus menjadi bualan hangat ketika ini, selepas mereka sekadar terikat seri 2-2 ketika menentang Wolves beberapa hari lalu.

Sudah tentu The Reds sudah pun menekan butang kecemasan, selepas kedudukan semasa tidak memihak mereka dan pasukan tersebut ingin mencari tiket untuk melayakkan diri ke saingan UEFA Champions League musim hadapan.

Menurut Sportbible, Klopp merupakan peminat besar kepada bintang Algeria iaitu Bennacer dengan Liverpool sudah pun memulakan rundingan bersama pemain tersebut sejak bulan lalu.

Walaupun begitu, wartawan sukan terkenal iaitu Fabrizio Romano sudah pun mengesahkan pemain tersebut akan menandatangani kontrak lanjutan bersama AC Milan.

Kontrak lanjutan itu dijangka akan menyaksikan Bennacer kekal bersama pasukan tersebut sehingga tahun 2027 dengan klausa pelepasan sebanyak £44 juta.

Sebenarnya Liverpool sudah pun menyasarkan Bennacer lebih awal pada musim panas lalu, namun mereka memilih untuk tandatangani khidmat Artur Mello sebagai pinjaman.

Kesudahannya, pemain berusia 26 tahun itu cuma sempat beraksi dalam satu perlawanan sahaja ketika menentang Napoli, serta dimasukkan selaku pemain gantian.

Para penyokong The Reds kebanyakannya masih lagi berharap Liverpool dapat membawa masuk bintang Piala Dunia baru-baru ini iaitu Jude Bellingham.

Namun, situasi semasa untuk menandatangani khidmat Bellingham dilihat agak sukar dari pelbagai sudut, termasuk risiko Liverpool akan terlepas peluang beraksi dalam saingan UCL berdasarkan prestasi semasa.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN