Liverpool Pernah Cuba Daftar Hakcipta ‘Allez, Allez, Allez’ Sebelum Tarik Balik Permohonan

Liverpool FC dilaporkan mahu mendaftarkan chanting atau nyanyian ‘Allez, Allez, Allez’ – yang turut dinyanyikan lebih awal dari penyokong The Kopites oleh sekurang-kurangnya enam kelab bola sepak lain – sebagai hakcipta terpelihara milik mereka.

Nyanyian tersebut menjadi popular di kalangan penyokong Liverpool dua tahun lalu, dan menjadi sinonim ketika Liverpool beraksi di Eropah sehingga mara ke perlawanan akhir UEFA Champions League di Kiev, yang menyaksikan anak buah Jurgen Klopp tewas kepada Real Madrid.

Optimis bahawa ia tidak akan menjadi masalah berbuat demikian, pihak kelab telah menghantar permohonan kepada pejabat harta intelektual pada November tahun lalu, namun bertindak menarik balik permohonan tersebut.

Bukan milik Liverpool

Nyanyian yang cuba dijadikan ‘ hak milik’ oleh Liverpool itu dikatakan dinyanyikan oleh penyokong Porto – sebelum ditiru oleh penyokong Liverpool – yang dinyanyikan oleh penyokong kelab Portugal itu dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund pada 2016.

Sekurang-kurangnya tiga penyokong kelab di Itali – Genoa, Juventus dan Napoli – dan juga Rangers serta Altletico Madrid turut menyanyikan chant yang sama ketika menyokong pasukan masing-masing.

Nyanyian tersebut sebenarnya berasal daripada lirik lagu disco Itali pada 1985, berjudul L’Estate Sta Finendo (msim panas telah berakhir), dan pertama kali dinyanyikan oleh penyokong kelab bola sepak L’Aquila, sebuah kelab kerdil di divisyen bawahan Itali. Ia adalah selepas kumpulan Righeira melakukan persembahan di sana selepas bandar tersebut dilanda gempa bumi.

Tujuan lindungi kelab

Liverpool FC sebelum ini turut pernah mencetuskan kontroversi kerana cuba mendaftarkan nama Liverpool di pejabat Harta Intelek sebagai hak milik kelab.

Seorang jurucakap Liverpool ketika menjelaskan perkara tersebut berkata:

“Kami sebenarnya mahu mendaftarkan nama ‘Liverpool’ sebagai hakcipta , tetapi hanya di dalam konteks produk bola sepak dan perkhidmatan. Bukannya kami mahu mendaftarkan nama Liverpool merentasi segala perkara.

Antara jersi tiruan Liverpool di pasaran.

“Pendaftaran tersebut bertujuan untuk melindungi kelab dan penyokong dari pihak yang menjual produk palsu.”

Antara perkara lain yang turut cuba didaftarkan oleh Liverpool sebagai sebahagian daripada hakcipta milik kelab ialah “6 times” – merujuk kepada kejuaraan ke-6 kelab tersebut di Eropah pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN