Liverpool memang wajar untuk tak penuhi permintaan gaji Mohamed Salah yang dikatakan bernilai lebih £400,000 seminggu, dek kerana ada hal yang lebih penting harus mereka utamakan.
Mohamed Salah pada ketika ini dilaporkan sudah menolak tawaran kontrak baru dari Liverpool dengan kontrak asal beliau akan tamat pada 2023 nanti.
Tidak pasti apa alasan sebenar beliau menolak tawaran itu, namun mengikut sumber-sumber yang dipercayai, ia berpunca dari masalah tawaran gaji.
Our business of football writer @_DavePowell on the Mohamed Salah contract situation…https://t.co/wjuo4tRZzZ
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 12, 2022
Liverpool dilaporkan tidak menawar gaji yang Salah minta dan kerana itulah bintang Mesir itu masih belum mahu menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Klopp anggap pihak kelab sudah lakukan yang terbaik
Ketika sidang media sebelum aksi bertemu Brighton semalam, Jurgen Klopp telah ditanya tentang hal tersebut dan beliau menegaskan bahawa tiada kepentingan untuk terlalu tergesa-gesa membincangkan hal itu pada ketika ini.
“Kita tak boleh lakukan lebih lagi, begitulah keadaan ia.”
Jelas Jurgen Klopp.
“Saya tak fikir ia tentang itu. Ia keputusan Mo. Pihak kelab hanya boleh lakukan apa yang kelab boleh lakukan. Begitulah keadaannya.”
“Saya tak ada benda buruk yang mahu dikatakan, semuanya baik-baik sahaja di mata saya pada ketika ini. Ia berjalan seperti mana ia sepatutnya berjalan.”
“Semuanya sudah ditetapkan. Tidak ada yang berlaku lebih lanjut, jadi tak ada tandatangan, tak ada penolakan atau apa saja.”
Klopp: Liverpool 'cannot do much more' for Salah.
A few minutes later,
Mo Salah's Agent Ramy Abbas Issa: 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣#LFC #Salah pic.twitter.com/93Gm2FKXBU
— GOAL Asia (@GOALasia) March 12, 2022
“Jadi, ya, kita cuma perlu menunggu, sekarang ia jelas berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Tak perlu terburu-buru dalam situasi seperti itu.”
Salah anggap keputusan di tangan Liverpool
Mohamed Salah sendiri sementara itu menegaskan yang segala keputusan kini terletak di tangan Liverpool dengan beliau mendedahkan bahawa:
“Saya mahu kekal, tapi itu semua bukan di tangan saya, ia di tangan mereka.”
Jelas Salah kepada GQ Magazine pada Januari lalu.
“Mereka tahu apa saya mahukan. Saya tak minta benda yang gila-gila.”
“Masalahnya sekarang, ketika kamu meminta sesuatu dan mereka menunjukkan kepada kamu yang mereka juga boleh berikan sesuatu, mereka patut laksanakan, kerana itu cara mereka hargai apa yang telah kamu berikan kepada kelab.”
“Saya berada di sini sudah lima tahun sekarang. Saya sangat kenal dengan kelab. Saya suka dengan penyokong. Penyokong suka dengan saya.”
Spot on from Crouch about Salah 👏 #LFC https://t.co/EUAbcJu52x
— Empire of the Kop (@empireofthekop) March 12, 2022
“Tetapi untuk pimpinan kelab, mereka sudah tahu situasi ini, maka semuanya di tangan mereka sekarang.”
Liverpool memang patut tak tunaikan permintaan Salah
Tidak dinafikan ramai penyokong Liverpool yang akan menggesa pihak kelab supaya terima sahaja permintaan Mohamed Salah dan berikan sahaja berapa pun gaji yang beliau minta.
Kononnya nilai £500,000 seminggu itu tiada masalah untuk pihak kelab keluarkan, dalam usaha mereka untuk memastikan Salah kekal di Anfield.
Walau bagaimanapun, para peminat perlu sedar yang Liverpool merupakan antara pasukan yang masih menjaga struktur gaji mereka dengan sangat baik.
Kebanyakan kelab gergasi lain dalam saingan Premier League gagal untuk menjaga struktur gaji mereka dan hal itu akan memberi impak yang lebih buruk untuk kelab.
Selain Salah, Sadio Mane juga ketika ini sedang berunding kontrak baru bersama kelab, dan sudah tentu beliau juga akan menuntut gaji yang tinggi sama seperti apa yang diterima oleh bintang Mesir itu.
Selain Mane, boleh dikatakan hampir separuh pemain dari skuad utama Liverpool itu merupakan pemain berkelas dunia dan tidak mustahil mereka juga akan menuntut hal yang sama.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1502675556323766274?t=YZjTiLKRbBeQWr9XoG6O2Q&s=19
Liverpool pernah ada sejarah hampir muflis sebelum ini dan kerana itu mereka kini akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
Tidak dinafikan Liverpool akan menyesal kerana melepaskan Salah dan tidak mengikuti kemahuan bekas bintang Chelsea itu, namun itulah lumrah dalam dunia bola sepak.
Pemain keluar dan masuk itu sudah perkara biasa dan tidak akan mengejutkan juga andai Salah tidak akan mampu pamer aksi sehebat sekarang andai beliau pergi sertai pasukan lain nanti.
Excl: Salah and his agent have no intention to accept current new contract bid from Liverpool. Talks have broken down since December, as things stand 🚨🇪🇬 #LFC
Mo’s priority is to stay – but not at current conditions. Let’s see Liverpool next move.
More: https://t.co/QGTdcXpa79 pic.twitter.com/2cAY6KmmkV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 11, 2022
Dengan Liverpool sudah memiliki skuad depth yang bagus dan mereka turut sudah membuktikan yang mereka masih mampu catat kemenangan walau tanpa kehadiran Salah, sepertinya pihak kelab tidak akan bimbang dengan ugutan dari ejen bintang Mesir itu.