Kenyataan Maaf Liverpool Kepada Southampton Berkenaan Isu Van Dijk

Pihak Liverpol FC akhirnya tampil dengan kenyataan rasmi berhubung isu Van Dijk. Mereka meminta maaf di atas segala silap faham di antara pihak Liverpool dan Southampton berkenaan masa depan Van Dijk.

Southampton baru-baru ini mahu melaporkan isu ini kepada badan bertanggungjawab. Ianya selepas Liverpool didakwa menghubungi pemain tersebut tanpa kebenaran kelab.

Ia mengingatkan kita kepada isu Ashley Cole ketika meninggalkan Arsenal ke Chelsea satu ketika dahulu. Tindakan disiplin boleh diambil.

Dalam kenyataan media mereka Liverpool meminta maaf kerana kenyataan beberapa mediaa seakan-akan menunjukkan Liverpool tidak menghormati pendirian Southampton di dalam isu ini.

Dan berkata, Liverpool FC akan menamatkan usaha untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu serta merta.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

“Liverpool FC dengan ini merakamkan perasaan kesal kami di atas segala spekulasi media berkenaan dengan isu di antara kelab ini dan Southampton serta melibatkan perpindahan pemain di antara kedua-dua kelab.”

“Kami memohon maaf kepada pemilik kelab Southampton, lembaga pengarah dan juga kepada penyokong Southampton di atas salah faham berkenaan isu Virgil Van Dijk.”

Sebelum ini, selain daripada Liverpool, Van Dijk juga dikaitkan dengan Manchester City dan Chelsea.

Dengan Pep Guardiola kelihatan tidak menunjukkan kesungguhan untuk membeli pemain ini, Antonio Conte mungkin masih berpotensi untuk mendapatkan pemain ini untuk menggantikan John Terry.

Namun khabar angin juga menyatakan, keutamaan Conte sekarang adalah Leonardo Bonucci.

Van Dijk yang menandatangani kontrak lanjutan 6 tahun bersama Southampton pada musim lalu. Untuk mendapatkan pemain ini, sudah pastinya bukan murah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN