Liverpool Layak Ke Final UCL, Adakah Philippe Coutinho Bakal Senasib Dengan Micheal Owen?

Liverpool

Pasukan Liverpool telah pun mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setelah mengharungi perlawanan penuh debar di Stadio Olimpico, Rome tempohari.

Skuad kendalian Jurgen Klopp telah berjaya melepasi halangan AS Roma setelah menang dengan agregat 7-6, walaupun mereka tewas 2-4 di gelanggang keramat lawan.

Menanti Liverpool di pentas akhir yang akan berlangsung di Kiev pada penghujung Mei nanti adalah juara bertahan, Real Madrid yang dalam perjalanan untuk mencipta sejarah paling gah dalam kejohanan bola sepak peringkat Eropah.

Andai Real Madrid menang, mereka adalah pasukan pertama yang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah selama tiga musim berturut-turut dan mereka juga akan menjadi pasukan yang paling banyak menjuarai kejohanan tersebut dengan tiga belas kejuaraan (termasuk kejohanan Eropah dengan format lama).

Micheal Owen

28 Sep 2000: Nicolae Stanciu of Bucharest Clashes with Michael Owen of Liverpool during the Liverpool v Rapid Bucharest UEFA Cup First round, second leg match at Anfield, Liverpool. Mandatory Credit: Mark Thompson/ALLSPORT

Micheal Owen dan Liverpool umpama sebuah kisah cinta agung namun ia tidak kesampaian.

Owen mengikat kontrak sebagai pemain profesional dengan Liverpool seawal usia 17 tahun dan selepas itu, semuanya adalah sejarah.

Owen memecah beberapa rekod bersama Liverpool dan bersama skuad kebangsaan England (kebanyakan rekod berkaitan dengan ‘termuda’).

Tiada siapa yang boleh melupakan kelincahan Owen yang bertubuh kecil namun sangat klinikal ketika di hadapan gol.

Gandingan mantap Owen bersama beberapa pemain barisan hadapan Liverpool ketika itu seperti Robbie Fowler, Steve McManaman, Gary McAllister, Steven Gerrard dan Emile Heskey sentiasa mendatangkan gerun pada barisan pertahanan pasukan lawan.

Namun Owen seringkali menjadi mangsa terjahan-terjahan keras serta kasar pemain lawan disebabkan kelincahannya itu.

Justeru, Owen menjadi seorang penyerang yang ‘amat rapuh’ atau injury prone striker.

Liverpool Musim 2004/2005 dan Liga Juara-Juara Eropah

Foto: google.com

Beberapa musim mengalami penurunan prestasi serta tidak mampu memberikan cabaran sengit dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris (yang ketika itu didominasi oleh Manchester United dan Arsenal) serta seringkali bergelut untuk slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool akhirnya memecat pengurus berpengaruh mereka ketika itu iaitu Gerard Houllier.

Pemecatan Houllier menyebabkan Owen akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah ke Real Madrid.

Keputusan yang menyaksikan beliau akan beraksi bersama dengan barisan ‘Los Galacticos’ yang lain seperti Raul Gonzalez, David Beckham, Luis Figo, Ronaldo Nazario dan Zinadine Zidane.

Setelah penghijrahan Owen ke Real Madrid, Liverpool yang ketika itu baru sahaja melantik Rafael Benitez bagi membimbing kelab yang terumbang-ambing dalam saingan liga.

Begitu juga dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Liverpool yang seperti akan menamatkan saingan hanya di peringkat kumpulan akhirnya berjaya juga melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila menewaskan Olympiakos dengan jaringan 3-1.

Siapa yang boleh melupakan rembatan umpama misil Steven Gerrard yang menewaskan Antonis Nikopolidis?

Selepas itu, Liverpool bertambah yakin hingga akhirnya mereka berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Istanbul untuk bertemu dengan skuad sempurna, AC Milan bimbingan Carlo Ancelotti.

Tidak perlu diceritakan lagi apa yang berlaku pada malam itu kerana semua peminat bola sepak pasti tahu keajaibannya.

Rafael Benitez akhirnya berjaya juga membawa Liverpool menjadi juara Eropah dengan pemain-pemain barisan hadapan yang sangat sederhana seperti Milan Barros, Luis Garcia, Harry Kewell malah Neil Mellor.

Tanpa baka ‘penyerang sebenar’ seperti Micheal Owen. Owen dalam satu wawancara berkata yang dia sangat menyesal kerana meninggalkan Liverpool pada musim tersebut dan terlepas memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah pada malam penuh keajaiban di Istanbul.

Owen akhirnya bersara sebagai salah seorang pemain yang pernah memenangi Ballon D’or tetapi tidak pernah mendakap dan mengucup trofi keramat Liga Juara-Juara Eropah bersama-sama Ronaldo Nazario dan Pavel Nedved (sekadar beberapa nama).

Philippe Coutinho, Liverpool 2017/2018 dan Liga Juara-Juara Eropah 

Setelah menempuhi saga perpindahan yang agak lama dan penuh kontroversi, akhirnya Philippe Coutinho dilepaskan oleh Liverpool untuk menyertai Barcelona.

Sama seperti Micheal Owen, Coutinho juga merupakan sosok yang yang menjadi pujaan serta amat disenangi oleh penyokong-penyokong Liverpool di Anfield.

Setelah beberapa musim bersama kelab Merseyside itu dan membina gaya permainannya yang tersendiri, Coutinho akhirnya mahu meninggalkan kelab yang telah menaikkan nilainya.

Tiada siapa yang lebih tahu melainkan diri Coutinho sendiri – sebab sebenar Coutinho mahu berhijrah ke Barcelona sedangkan dia punya segala-galanya di Anfield.

Liverpool sedang pesat berkembang dan kini skuad Liverpool telah menjadi sebagai salah satu pasukan yang sangat digeruni aspek serangan balasnya di bawah kendalian Klopp dan hal ini turut diakui sendiri oleh Pep Guardiola.

Gandingan Salah-Firmino-Mane amat serasi dan agak mudah bagi mereka untuk merobek pertahanan lawan. Andainya Coutinho kekal di Anfield, dia boleh bermain di belakang gandingan hebat tersebut, dengan peranan sebagai advance no. 8.

Malah, Coutinho juga boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh salah seorang daripada Salah, Firmino atau Mane andai kecederaan menimpa salah seorang daripada mereka.

Pasti tiada masalah bagi seorang pemain versatile dan mempunyai work rate yang tinggi seperti Coutinho.

Mungkin Coutinho terlalu dahagakan trofi kejuaraan liga yang gagal dimenanginya sejak tiba di Anfield? Atau mungkin juga Coutinho mahukan cabaran baru untuk dirinya setelah beberapa musim di Serie A bersama Inter Milan dan beberapa musim lagi berkelana di England, mencipta nama bersama Liverpool.

Coutinho memilih untuk tidak menunggu sehingga ke akhir musim bagi berhijrah ke Barcelona, sebaliknya memilih untuk meninggalkan Liverpool ketika jendela perpindahan pertengahan musim dibuka.

 

Barcelona telah terkandas di peringkat suku akhir di tangan AS Roma. Ironinya, Liverpool pula berjaya menumpaskan AS Roma di peringkat separuh akhir dan mara ke final untuk membuat perhitungan dengan Real Madrid.

Persoalan yang teramat besar di sini, mampukah Liverpool menyekat penguasaan Real Madrid yang begitu dominan di pentas Eropah?

Andai Liverpool mampu, saya percaya bahawa Coutinho pasti berasa sangat menyesal kerana meninggalkan Liverpool di pertengahan musim untuk menyertai Barcelona dan menerima nasib hampir sama dengan Micheal Owen, terlepas trofi Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab yang telah membesarkan mereka.

Apapun, final Liga Juara-Juara Eropah belum lagi berlangsung. Adakah nasib Philippe Coutinho bakal sama seperti Micheal Owen? Sama-sama kita nantikan.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Mohd Muqaddim Bin Mohd Alias. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN