Liverpool akhirnya kembali semula ke UCL selepas berjaya melepasi cabaran Hoffenheim dalam 2 perlawanan play-off. Perlawanan ini dianggap tumpuan kerana menemukan Klopp dengan jurulatih terbaik Bundesliga dan juga pilihan DFB pada musim lalu.
Dalam perlawanan pertama, Liverpool menang 1-2. Namun begitu pada perlawanan kedua awal pagi tadi, pasukan The Reds menang 4-2 di Anfield.
Perlawanan di Anfield dimulakan dengan 21 minit yang cemerlang oleh Liverpool yang menjaringkan 3 gol dalam tempoh tersebut. 2 gol dari Can dan 1 lagi daripada Salah.
Hoffenheim ditekan hebat oleh Liverpool. Julian Nagelsmann melakukan pertukaran awal untuk mengatasi kerosakan di sebelah kanan.
Kelekaan Liverpool kemudian dihukum oleh pemain yang baru dimasukkan, Uth. Beliau masuk minit ke-24 dan menjaringkan gol pada minit ke-27.
Bersambung babak kedua, Liverpool banyak menyerang namun penjaga gol Hoffenheim menafikan banyak cubaan mereka. 2 daripadanya adalah ‘big saves’.
Liverpool menambah 1 lagi gol menerusi Roberto Firmino pada minit ke-63. Sandro Wagner menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-78.
Kejayaan ini membolehkan Liverpool menjadi pasukan England ke-5 mara ke pusingan kumpulan UCL menyertai Chelsea, Tottenham, Manchester City dan Manchester United.
Penyokong Hoffenheim masih terus berbangga dengan pasukan mereka dan menyanyi meskipun gagal ke UCL dalam cubaan play off pertama dalam sejarah kelab mereka.
Undian untuk peringkat kumpulan akan diadakan pada hari ini.
Selain Liverpool beberapa pasukan lain yang turut mara ke UCL selepas perlawanan awal pagi tadi ialah, Qarabag, Sporting, Apoel, dan CSKA Moscow.