Liverpool Menang 1-2 Ke Atas Hoffenheim, Isu Hilang Fokus Terus Hantui The Reds

Liverpool menang 1-2 di tempat lawan ke atas pasukan bimbingan Julian Nagelsmann, TSG Hoffenheim. Ia adalah kekalahan pertama Hoffenheim di tempat sendiri sejak Jun 2016 ataupun selepas 17 perlawanan.

Hoffenheim dihadiahkan sepakan penalti selepas Dejan Lovren mengasari Serge Gnabry. Namun cubaan Kramaric diselamatkan oleh Simon Mignolet.

Pada minit ke-35, bek kanan remaja Liverpool, Trent Alexander Arnold menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menarik.

Liverpool menggandakan kelebihnan menerusi James Miler yang bijak memanipulasi ruang di sayap kiri. Satu cubaan yang sedikit terbias pada Nordtveit dan terus menerjah gawang.

Liverpool sekali lagi bermasalah dengan fokus pada 10 minit terakhir perlawanan. Mereka melepaskan gol ketika perlawanan berbaki 3 minit. Mark Uth mengawal bola cantik menewaskan pertahanan Liverpool dan melakukan cubaan yang deras.

Dalam kedudukan 1-2, penyokong Liverpool pastinya tidak senang duduk kerana Hoffenheim terus menekan mereka.

Perlawanan berakhir 1-2 dan Liverpool hanya mampu membawa kelebihan 1 gol dari tempat lawan. Aksi cemerlang Simon Mignolet antara faktor penting dalam kemenangan kali ini.

Mampukah Liverpool beraksi di malam UCL sekali lagi? Selepas kali terakhir melakukannya adalah pada tahun 2014.

Keputusan lain

Berikut adalah keputusan-keputusan play-off di venue-venue yang lain.

Qarabag FK1 vs FC Copenhagen 0

APOEL Nicosia 2 vs Slavia Prague 0

BSC Young Boys 0 vs CSKA Moscow 1

Sporting CP 0 vs FC FCSB 0

Seterusnya

Awal pagi esok ada 5 lagi perlawanan play-off UCL

Olympiacos vs Rijeka

Celtic vs FC Astana

Hapoel Beer Sheva vs Maribor

Istanbul Basaksehir vs Sevilla

Napoli vs Nice

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN