Liverpool Hilang Khidmat Kapten Henderson

Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Jordan Henderson akibat kecederaan harmstring.

Melalui sidang media di Melwood semalam, pengurus pasukan Jurgen Klopp berkata Henderson akan berehat sekurang-kurangnya selama tiga minggu untuk membenarkan pemain itu pulih.

Pemain berusia 29 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit akhir perlawanan ketika Liverpool tewas 0-1 kepada Atletico Madrid di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini.

Musim ini Henderson melakukan 34 penampilan dan menjaringkan tiga gol untuk Liverpool dalam semua pertandingan.

“Kita telah melihat pelbagai jenis kecedeeraan harmstring di EPL – Harry Kane sebagai contoh – tetapi ini tidaklah teruk,’ kata Klopp semalam.

Penyerang Tottenham dan England itu terpaksa menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya pada Januari lalu, dan dijangka hanya akan kemali pada April.

“Henderson aan berehat selama tiga minggu. Ia berita tidak baik untuk kita, tetapi kita masih bernasib baik,” tambah Klopp.

Untuk tiga minggu berikutnya, Liverpool akan beraksi menentan West Ham United, Watford dan Bournemouth, perlawanan pusingan kelima Piala FA Cup menentang Chelsea, dan perlawanan timbal balik menentang Atletico di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Juara Eropah itu turut akan berhadapan dengan Everton di Goodison Park pada 16 Mac akan datang.

Henderson dilihat sebagai salah seorang nadi penting Liverpool pada musim ini. Prestasi Henderson pada musim ini turut membuatkan beliau sebagai pilihan untuk anugerah Pemain Terbaik Tahunan (POTY).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN