Liverpool dijangka akan turun tanpa kehadiran tujuh pemain utama untuk bertemu Aston Villa dalam aksi saingan Premier League pada awal pagi nanti.
Selepas sekian lama saingan Premier League terhenti kerana memberi laluan kepada Piala Dunia, hari ini saingan liga bola sepak Inggeris itu akan kembali bersambung.
Aksi terakhir Liverpool dalam saingan EPL adalah pada 12 November lalu dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 bertemu Southampton.
🆕 Liverpool lineups for Aston Villa as Fabinho and Alex Oxlade-Chamberlain decisions madehttps://t.co/QtP4Kdbfmv
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) December 26, 2022
The Reds kemudiannya bertemu Manchester City dalam aksi saingan Carabao Cup kemarin dengan gergasi Merseyside itu terpaksa akur tersingkir dari pertandingan yang mereka menangi pada musim lalu itu.
Aston Villa sementara itu sudah lebih awal tersingkir dari saingan Carabao Cup dan ia bermaksud, aksi kompetetif terakhir mereka adalah bertemu Brighton pada 13 November lalu.
Kedua-dua Liverpool dan Aston Villa mempunyai wakil yang beraksi di pentas Piala Dunia baru-baru ini, dengan penjaga gol Villa, Emiliano Martinez menjadi wira membantu Argentina untuk bergelar Juara.
Pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate sementara itu turut berjaya membantu Perancis untuk layak ke aksi perlawanan akhir dan beliau merupakan pemain kelapan Liverpool yang beraksi di pentas Piala Dunia.
It's nowhere near full strength…https://t.co/P5OYgsLQBs
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) December 26, 2022
Untuk pemain yang tidak ke Qatar seperti Mohamed Salah, Thiago Alcantara dan Andrew Robertson, mereka jelas sekali sudah mempunyai rehat yang cukup dan boleh beri tumpuan kepada aksi di peringkat kelab.
Namun begitu, Liverpool dilaporkan bakal turun tanpa kehadiran beberapa pemain utama mereka bertemu Aston Villa pada awal pagi nanti.
Liverpool hilang pemain penting menjelang aksi bertemu Aston Villa
Konate tidak akan diturunkan dalam aksi bertemu Aston Villa nanti dek kerana beliau hingga kini masih lagi belum kembali ke Anfield.
Diogo Jota, Luis Diaz dan Arthur Melo kesemuanya turut tidak dapat diturunkan kerana masing-masing dibelenggu masalah kecederaan.
ICYMI: 'They are angry' – Patrice Evra disagrees with Chris Sutton with Aston Villa vs Liverpool prediction #LFChttps://t.co/xS8M4Brbcv
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) December 26, 2022
Bintang Colombia, Diaz dilaporkan mungkin akan terpaksa diketepikan sehingga Mac nanti dek kerana beliau baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada awal bulan baru-baru ini.
Curtis Jones dan James Milner juga turut tidak akan diturunkan dalam perlawanan ini kerana kedua-dua mereka mengalami masalah kecederaan ketika aksi bertemu Man City kemarin.
Pemain terakhir yang tidak akan diturunkan dalam aksi bertemu Aston Villa nanti adalah Roberto Firmino yang turut mengalami kecederaan ketika sesi latihan akhir menjelang aksi bertemu City.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp walau bagaimanapun mendedahkan yang Firmino tidak berdepan masalah kecederaan yang teruk dan beliau bakal kembali dalam masa terdekat ini.
📊 Liverpool have scored more goals in their league history against Aston Villa (334) than they have against any other team.#LFC have also won more times at Villa Park than they have at any other ground in the #PL as the visiting team.
What's your prediction for today? 🔮 pic.twitter.com/sgM2sXzLLS
— LiverpoolGoals (@Liverpoolgoals_) December 26, 2022
Para penyokong juga turut sangat berharap agar bintang Brazil itu akan segera kembali bagi memperkuatkan jentera serangan The Reds.
Jurgen Klopp juga turut mendedahkan yang tiga pemainnya Alex Oxlade-Chamberlain, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk sudah pulih dari sakit dan siap sedia untuk diturunkan dalam perlawanan bertemu Villa.
Aston Villa sendiri sementara itu akan turun tanpa kehadiran pemenang Piala Dunia, Emi Martinez yang masih bercuti sambil berpesta meraikan kejayaannya menjuarai saingan Piala Dunia.
Diego Carlos juga masih dibelenggu kecederaan lutut yang beliau hadapi sejak Ogos lalu dan jelas sekali beliau tidak akan diturunkan dalam perlawanan ini.
Full Liverpool squad available to face Aston Villa as seven players ruled out#LFC https://t.co/P5OYgsLQBs
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) December 26, 2022
Jacob Ramsey turut tidak akan diturunkan dengan Philippe Coutinho dilaporkan berpotensi untuk turut sama diketepikan dari aksi bertemu bekas kelabnya di Villa Park pada awal pagi nanti.