Pemain AS Roma, Mohamed Salah kini hampir pasti menjadi pemain Liverpool.
Hal ini telah pun bertiup kencang di England terutamanya selepas ejen pemain tersebut memberi pembayang yang cukup besar mengenai perpindahan ini.
Ejen Salah iaitu Ramy Abbas telah memberikan pembayang apabila beliau telah ‘like’ akaun rasmi Liverpool serta ‘follow’ Twitter mereka.
Dalam masa yang sama, beliau juga memuatnaik gambar tiket penerbangan ke London di laman Instagram beliau.
https://twitter.com/Gerrard8FanPage/status/869637520841113600
Hampir pasti
Menurut akhbar The Times, proses perpindahan Salah dari AS Roma ke Liverpool telah pun hampir selesai apabila kelab England itu bersetuju untuk membayar jumlah perpindahan sebanyak €50 juta.
Salah dikatakan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan urusan perpindahan bakal diselesaikan apabila pemain tersebut menjalani ujian perubatan pada hari Jumaat ini.
Jika ini terjadi maka perpindahan ini bakal menjadi kenyataan memandangkan Salah pernah hampir ke Liverpool beberapa tahun lepas sebelum bergerak ke Chelsea pada minit-minit akhir.
Salah merupakan pemain terbaik AS Roma musim ini apabila menyumbang 19 gol serta 15 bantuan gol untuk kelab Itali itu dalam misi memperoleh tempat kedua di Serie A.