Liverpool menjulang trofi Piala Super Eropah dalam pertemuan 2 kelab Inggeris. Ini merupakan kejuaraan ke-4 buat The Reds.
Kedua dua pasukan memulakan perlawanan dengan intensif dan seimbang. Liverpool mendapat peluang awal menerusi Mohamed Salah.
Namun selepas itu Chelsea mendapat rentak di bahagian tengah dan menyukarkan Liverpool. Beberapa siri serangan Chelsea membuatkan Liverpool panik.
Pedro kemudian menewaskan pertahanan Liverpool dan melakukan percubaan, namun sayangnya ia terkena palang gol.
Chelsea terlebih dahulu di hadapan hasil umpanan cantik Pedro yang disudahkan Giroud pada minit ke-36. Selayaknya The Blues di hadapan selepas aksi cemerlang pada separuh masa pertama.
12 – Olivier Giroud has scored 12 goals in 16 appearances in European competition for @ChelseaFC, compared to just seven goals in 49 domestic games for the Blues. Continental. #SuperCup #LIVCHE pic.twitter.com/PrKlERSf1S
— OptaJoe (@OptaJoe) August 14, 2019
Tidak lama selepas itu gawang Liverpool bocor lagi, apabila Pulisic melakukan rembatan leret cantik ke ‘near post’. Namun ia dibatalkan kerana ofsaid.
Pada separuh masa kedua, Jurgen Klopp Roberto Firmino. Kemasukan pemain kebangsaan Brazil itu jelas memperbaiki aksi The Reds.
Firmino menjadi antara punca gol penyamaan oleh Sadio Mane dengan gerakan tanpa bola yang mengelirukan Kepa Arrizabalaga – hanya 3 minit selepas separuh masa kedua bersambung.
Jordan Henderson kemudian melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang tepat ke dakapan Kepa.
Chelsea kembali melakukan beberapa siri serangan. Namun mereka dikecewakan dengan tindakan akhir yang lemah termasuk ofsaid.
Pada minit ke-74, Kepa melakukan aksi menyelamat berkelas dunia untuk menafikan percubaan Van Dijk.
Pada minit ke-88, N’golo Kante mendapat peluang untuk menjaringkan gol daripada situasi tandukan di hadapan gol, namun tersasar.
Mohamed Salah melakukan ancaman terakhir dalam aksi separuh masa kedua, menerusi ‘cut back’ yang tidak terhubung dengan mana-mana pemain Liverpool.
Perlwwanan dilanjutkan 30 minit lagi. Pada minit ke-95, Sadio Mane meletakkan The Reds di hadapan menerusi rembatan deras, selepas menerima hantaran Firmino.
Tidak lama kemudian, Chelsea dihadiahkan penalti selepas Adrian menjatuhkan Tammy Abraham. Jorginho tidak melakukan kesilapan untuk menyamakan kedudukan buat Chelsea.
Tammy Abraham mendapat peluang terhidang di hadapan gol pada minit ke-104, untuk menambah gol buat Chelsea. Namun beliau gagal menyempurnakannya.
Pada minit ke-112 Adrian melakukan aksi menyelamat menarik untuk menafikan percubaan Mason Mount. Pedro kemudian merembat bola yang sedikit tersasar.
Perlawanan tamat dengan 2-2. Kedua dua pasukan memasuki penentuan sepakan penalti.
Dalam penentuan penalti, Adrian menebus kesilapannya dengan menyelamatkan percubaabmn Tammy Abraham – satu-satunya penalti yang gagal disempurnakan. Liverpool menang 5-4.
Ini adalah kali ke-3 berturut-turut Chelsea tewas dalam Piala Super Eropah.
Tahniah The Reds.