Liverpool Diberi Saranan Untuk ‘Lelong’ Sahaja Virgil Van Dijk Secepat Mungkin

Liverpool seolah ditimpa malang yang berterusan pada musim ini, setelah pasukan tersebut jelas tidak dapat mengulangi siri-siri kejayaan seperti sebelum itu untuk dibanggakan oleh para penyokong.

Bermula dengan episod kecederaan ramai pemain-pemain utama, mereka juga dihimpit dengan krisis konsistensi dalam permainan sehingga pasukan-pasukan bukan pilihan mampu mencipta kejutan.

Selepas itu, kritikan-kritikan mula datang dari pelbagai arah yang mempersoalkan tentang kredibiliti Jurgen Klopp bersama barisan pemain baharu ditandatangani.

Ini termasuklah pertahanan kental mereka iaitu Virgil Van Dijk yang turut menerima tempias, setelah dirinya turut menerima kritikan ekoran aksinya tidak konsisten.

Liverpool sebenarnya telah diberi nasihat supaya untuk menjual sahaja pertahanan kebangsaan Belanda itu pada masa akan datang ekoran prestasinya dilihat semakin merudum.

Kemuncak prestasi buruk Van Dijk dipamerkan ketika Liverpool mencatat kekalahan besar 2-5 di tangan Real Madrid dalam pusingan 16 terbaik UEFA Champions League (UCL) di Anfield baru-baru ini.

Ianya jelas sesuatu yang sangat menyedihkan buat pertahanan Liverpool untuk melepaskan lima gol berturut-turut, walaupun pada awalnya mereka mendahului dengan dua jaringan.

Selain kesilapan mudah dibuat oleh Allison Becker pada perlawanan tersebut, gandingan antara Van Dijk dan Joe Gomez juga menjadi faktor penting kenapa lawan berjaya mendapatkan lima jaringan.

Gandingan kedua pemain tersebut antara dikritik kerana masing-masing tidak dapat capai persefahaman yang baik di atas padang serta kerap melakukan kesilapan secara individu.

Menurut bekas penyerang Chelsea iaitu Tony Cascarino, beliau mencadangkan mungkin ini masanya untuk Liverpool melepaskan Van Dijk pada masa akan datang.

“Gomez pada perlawanan tersebut menghadapi kesukaran untuk mengawal Rodrygo dan kerap membuat kesilapan tidak sepatutnya.

“Tetapi selaku pemain senior, Van Dijk sepatutnya sudah menyedari situasi tersebut dan perlu bertindak lebih awal untuk turut mengurangkan ancaman itu. Malah, sebaliknya pula berlaku.

“Gerak tubuh Van Dijk ketika ini mengingatkan saya ketika beliau berada pada saat-saat terakhir di Southampton sebelum berpindah ke Anfield.

“Lima tahun sudah berlalu, mungkin sudah tiba masanya untuk Liverpool melepaskan pemain tersebut. Van Dijk yang dikenali hebat dulu, kini sudah pun hilang,” jelasnya menerusi Sport Bible.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN