Nampaknya, perpindahan ini dijangka menjadi realiti.
Selepas pelbagai spekulasi dan pelbagai cerita, akhirnya perpindahan Mohamed Salah dari AS Roma ke Liverpool dijangka bakal dilengkapkan dalam masa yang terdekat.
Liverpool dikatakan bakal memecahkan rekod perpindahan kelab sekiranya berjaya membawa Salah ke Anfield selepas harga perpindahan dikatakan berjumlah £39 juta.
Rekod perpindahan kelab yang dimiliki adalah milik Andy Carroll sebanyak £35 juta dari Newcastle United.
Rekod yang bakal dicipta itu juga bakal menjadikan Salah sebagai pemain Afrika paling mahal dalam sejarah bola sepak benua tersebut.
Salah merupakan antara pemain yang paling cemerlang dihadapan pintu gol pada musim lalu dari segi gabungan jaringan gol dan juga bantuan gol.
Hal ini kerana, Salah telah terlibat dengan melakukan 19 jaringan dalam semua kejohanan untuk AS Roma pada musim lalu serta melakukan 12 bantuan gol untuk membantu pasukannya.
Jika berjaya mendapatkan Salah, Liverpool akan lengkapkan perpindahan kedua mereka musim ini selepas berjaya mendapatkan Dominic Solanke dari Chelsea.
Sumber:
- BBC Sport (2017): Mohamed Salah: Liverpool in talks to sign Roma’s former Chelsea winger; http://www.bbc.com/sport/football/40345138