Liverpool Bukan Penentu Nasib Ole

Perlawanan menentang Liverpool pada 20 Oktober ini tidak akan mempengaruhi masa depan Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford.

The Times melaporkan bahawa, pengurusan tertinggi Manchester United kini sedang berbincang dengan Ole Gunnar Solskjaer dalam beberapa siri pertemuan bagi membincangkan banyak perkara.

Ini termasuk pemain sasaran pada jendela perpindahan yang akan datang. Perkara ini jelas sekali menunjukkan Manchester United masih memberikan sokongan kepada Ole Gunnar Solskjaer.

Ole sebelum ini memberikan bayangan bahawa beliau mahu membawa masuk sekurang-kurangnya seorang penyerang baharu pada jendela perpindahan yang akan datang.

Solskjaer

United berhadapan dengan krisis prestasi di bahagian serangan, kerana isu pemain tidak menyerlah dan juga beberapa siri kecederaan pemain.

Ramai yang menjangkakan perlawanan menentang Liverpool akan datang sebagai penentu nasib Ole. Jika kalah, sejarah mungkin berulang, di mana Jose Mourinho sebelum ini dipecat kerana kekalahan di tanga Liverpool.

Ole Gunnar Solskjaer kini dalam tekanan dalam usaha memulihkan prestasi pasukannya. Di mana mereka hanya menang 2 daripada 8 perlawanan. Hanya mampu mengutip 9 mata setakat ini, dan dibezakan 2 mata daripada zon penyingkiran.

Berbanding dengan musuh tradisi mereka, Liverpool, pasukan itu sedang menikmati rekod permulaan 100% musim ini, menang 8 daripada 8 perlawanan.

The Times kemudian menegaskan bahawa Manchester United sanggup memberikan Ole Gunnar Solskjaer sehingga 4 pemain baharu untuk dibeli pada jendela perpindahan akan datang.

Dan salah seorangnya adalah pemain no.9, selepas mereka gagal mendapatkan pengganti Lukaku yang dilepaskan ke Inter Milan sebelum ini.

Solskjaer gembira dengan 3 pemain yang berjaya dibeli pada jendela yang lalu, iaitu 3 bakat British, Maguire, Wan Bissaka dan Daniel James.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN