Pandahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dilaporkan bersedia untuk membawa masuk Bukayo Saka selepas pemain remaja itu menangguhkan rundingan kontrak baharu bersama Arsenal.
Pemain sayap berusia 18 tahun itu beraksi cemerlang di posisi pertahanan kiri dalam musim pertamanya bersama skuad utama The Gunners sepanjang ketiadaan Sead Kolasinac dan Kieran Tierney yang dilanda kecederaan.
Agensi berita Football Insider melaporkan, The Reds menerusi pasukan pemantau bakatnya kini sedang mengikuti rapat perkembangan Saka yang bakal memasuki tahun akhir kontrak bersama Arsenal tidak lama lagi.
Liverpool’s recruitment team have been hugely impressed by Bukayo Saka, but Arsenal will rebuff all interest this summer, even if the 18-year-old rejects a new contract. [Football Insider] pic.twitter.com/d5H3o89i0Y
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) May 8, 2020
Ia sekaligus menimbulkan keresahan kepada Mikel Arteta yang tentunya tidak mahu kehilangan prospek terbaiknya di kelab Utara London itu yang telah membuat 29 penampilan dalam semua pertandingan selain menyumbang tiga gol dan sembilan bantuan jaringan pada musim ini.
Beliau juga telah pun beraksi dalam 18 perlawanan EPL dengan 12 daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama.
Namun penangguhan semua perlawanan ekoran pandemik COVID-19 telah menyebabkan perbincangan rundingan kontrak baharunya tertangguh buat seketika waktu dan pihak pengurusan kelab dilaporkan telah bersedia untuk menawarkan kontrak baharu selama lima tahun.
Liverpool and Man Utd are believed to be monitoring 18-year-old winger Bukayo Saka's contract situation at Arsenal. He's currently on £3,000-a-week and has 18 months remaining [Mail] pic.twitter.com/ao97x5kGHc
— AFTV (@AFTVMedia) February 13, 2020
Wartawan Sky Sports, Vinnie O’Connor mengesahkan minat juara Eropah tersebut.
“Dia baru berusia 18 tahun, tetapi telah pun mempamerkan aksi yang matang dan cukup memberangsangkan di liga sebesar EPL. Jadi tidak pelik jika Liverpool berminat untuk mendapatkannya memandangkan kontraknya bersama Arsenal akan tamat pada 2021.
“Bagaimanapun, adakah dia berpeluang untuk beraksi dengan kerap di Liverpool? Kemungkinan besar tidak. Arsenal juga sudah tentu tidak akan berputus asa untuk memastikan pemain muda terbaiknya terus kekal di Emirates,” kata O’Connor lagi.
Statistik cemerlang pemain kebangsaan England bawah 19 tahun (B-19) itu tentunya bukan sahaja menarik minat Liverpool, tetapi juga kelab-kelab ternama Eropah yang lain.