Liverpool dilaporkan berhadapan dengan hukuman penyingkiran dari pertandingan Piala Carabao selepas kemenangan ke atas MK Dons pada Rabu lalu akan disiasat oleh pihak penganjur, English Football League (EFL).
Menurut portal The Athletic, EFL sedang menyiasat sama ada juara eropah itu telah menurunkan pemain yang tidak layak diturunkan dalam perlawanan tersebut.
Sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan pendaftaran pemain untuk pertandingan, skuad kendalian Jurgen Klopp berhadapan hukuman penyingkiran – namun sam ada ia langkah yang berani diambil oleh EFL akan menjadi satu isu lain.
? TEAM NEWS ?
How we line-up for our @Carabao_Cup clash with @MKDonsFC ?
— Liverpool FC (@LFC) September 25, 2019
Seorang jurucakap Liverpool ketika dihubungi oleh The Athletic dipetik sebagai berkata:
“Pihak kelab sudah maklum mengenai isu ‘pentadbiran dan perkeranian’ membabitkan salah seorang pemain yang beraksi.
“Kami kini sedang bekerjasama dengan pihak penganjur untuk memeriksa fakta kes berkenaan, dan tidak akan memberikan sebarang komen sehingga proses itu diselesaikan.”
Exclusive: Liverpool could be kicked out of the Carabao Cup for fielding an ineligible player v MK Dons. The EFL say they are “considering the matter”. #LFC https://t.co/rqQYVZNPUc
— James Pearce (@JamesPearceLFC) September 28, 2019
Berkenaan kesalahan dan potensi Liverpool disingkirkan dari pertandingan tersebut, seorang jurucakap dari EFL pula berkata:
“Kami kini sedang mempertimbangkan perkara tesebut.”
Jika didapati bersalah, EFL akan menjadi perhatian sama ada akan berani mengambil tindakan menyingkirkan Liverpool atau sekadar mengenakan denda.
Di pertandingan Piala Carabao, pihak penganjur diberikan kuasa sepenuhnya untuk menentukan hukuman berkaitan pelanggaran peraturan pertandingan.
Di dalam kes ini, EFL boleh memilih untuk memberikan penalti di dalam bentuk denda atau hukuman lain yang difikirkan wajar.
Ini bukan kes pertama berlaku di dalam pertandingan ini. Pada 2014, Sunderland terlepas daripada hukuman disingkirkan dari pertandingan dan sekadar didenda selepas menurunkan Ji Dong-Won tanpa pelepasan antarabangsa setelah dipinjamkan beraksi bersama FC Ausburg di Jerman.
Menentang MK Dons tempoh hari, Klopp melakukan 11 pertukaran pemain, dan menurunkan ramai pemain muda.
A solid performance from the Reds and we progress to the @Carabao_Cup fourth round ?
— Liverpool FC (@LFC) September 25, 2019
Caimhim Kelleher, Rhian Brewster dan Harvey Elliott adlaah antara pemain yang diberikan debut bersama skuad utama. Sepp van der Berg dan Herbie Kane pula tampil dari bangku pemain simpanan untuk debut masing-masing.
Walaupun The Athletic tidak menamakan pemain yang menyebabkan siasatan terhadap Liverpool dilakukan, akhbar The Independent mendedahkan pemain berusia 22 tahun, Pedro Chirivella sebagai pemain yang dimaksudkan.
Walaupun Chirivella menyertai Liverpool sejak 2013, beliau beraksi bersama Extremadura pada musim lalu, dan ia memerlukan pelepasan antarabangsa untuk membenarkan beliau beraksi mementang MK Dons tempoh hari.
Chirivella adalah salah seorang daripada tiga pemain yang dimasukkan oleh Klopp pada babak kedua perlawanan.
Perlawanan menentang Arsenal pada pusingan ke-4 pertandingan adalah antara perlawanan tumpuan dalam pertandingan. Walaupun berpotensi untuk disingkirkan, sukar untuk melihat EFL bertindak sedemikian terhadap juara Eropah ini.