Jürgen Klopp menyertai Liverpool dari Borussia Dortmund pada 8 Oktober 2015 dan bersetuju menandatangani kontrak selama tiga tahun.
Selepas berakhirnya era Rafael Benitez di Anfield, Liverpool seakan-akan hilang punca dengan melantik dan memecat beberapa pengurus dalam masa terdekat.
Tetapi, selepas Liverpool diambil alih oleh Klopp, prestasi skuad The Reds itu nampak lebih konstisten berbanding ketika dibawah bimbingan Roy Hodgson, Kenny Dalglish dan Brendan Rodgers.
Namun demikian, era Klopp masih dianggap belum dapat menandingi kehebatan di era Rafael Benitez.
Ini 4 sebab utama era Benitez adalah lebih berhasil daripada Klopp:
1. Benitez memiliki pemain tengah yang lebih berkualiti
Zaman terbaik Liverpool diperkuatkan menerusi jentera tengah yang mantap dengan dibarisi pemain hebat seperti Steven Gerrard, Xabi Alonso, Javier Mascherano dan Mohamed Sissoko.
Empat pemain tengah ini membuatkan Liverpool ketika itu menjadi musuh yang paling digeruni pasukan lawan.
Berbanding di era Kloop, jentera tengah pasukan dilihat masih terlalu tumpul dan goyah.
Ianya dapat diperhatikan ketika ini dimana Javier Henderson sering mengalami kecerderaan.
Georginio Wijnaldum dan Adam Lallana adakalanya beraksi dalam prestasi yang tidak menentu.
James Milner sudah lanjut usia, dan Emre Can yang mahu mengikut jejak Philippe Countiho untuk berhijrah keluar dari Liverpool.
2. Benitez memiliki pemain individu dengan daya kepimpinan
Di bawah kendalian Rafael Benitez, Liverpool memiliki Steven Gerrard yang layak diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk mengetuai kepimpinan dalam pasukan.
Sementara ketika pasukan dibawah bimbingan Klopp, beliau masih gagal menemui pemain yang benar-benar layak untuk memikul tugas dan tanggungjawab besar tersebut.
Meskipun Liverpool hari ini memiliki Jordan Henderson, pemain ini masih belum dapat menyamai kualiti kepimpinan Steven Gerrard.
Klopp harus segera mencari karakter tersebut untuk memimpin pasukan di dalam padang. Jordan Henderson dan James Milner masih tidak setanding Gerrard.
3. Saingan domestik
Benitez telah meninggalkan kesan yang mendalam buat skuad Liverpool sehingga ke hari ini.
Setiap pengurus yang hadir pasti akan membayangi kegemilangan Rafa bersama Liverpool.
Benitez berjaya membawa Liverpool bersaing secara kompetitif di pentas Premier League dan peringkat tertinggi saingan Eropah.
Di era Rafael Benitez, Liverpool dianggap sebagai salah satu pasukan besar yang sukar untuk ditumbangkan dan amat berbahaya bagi pihak lawan.
Walaupun tidak menjuarai kejuaraan EPL sepanjang bersama Liverpool, Benitez pernah sekurang-kurangnya mencabar kejuaraan pada musim 2008/09, namum terpaksa akur dengan dominasi Manchester United pada masa itu.
Hanya Brendan Rodgers mampu menyamai rekod Benitez setakat ini, dan kedudukan terbaik Liverpool setakat ini ialah di kedudukan ke-4 pada musim lalu.
Musim ketiga bersama Liverpool, The Kopites di bawah Kloop masih dianggap sebagai sebuah pasukan yang sedang dibangunkan untuk kembali menjadi kuasa bola sepak Inggeris.
Ini amat berbeza dengan Chelsea, Manchester United dan Manchester City pada hari ini. Ini adalah pasukan yang dianggap sebagai pencabar utama cabaran di peringkat domestik di setiap awal musim.
Tugas Klopp di Liverpool amat berat, beliau harus kembali mengangkat semula maruah The Reds di peringkat domestik agar pasukan ini kembali digeruni dan dihormati lawan selepas ini.
Atau adakah Klopp sudah berjaya melakukannya pada musim ini? Mungkinkah konsistensi adalah elemen yang diperlukan oleh Liverpool pada musim hadapan?
4. Benitez berjaya di musim pertama
Keajaiban terbesar yang dilakukan Benitez bersama Liverpool adalah menjuarai trofi Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2004/05. Itu adalah musim pertama Benitez bersama Liverpool.
Perlawanan akhir yang penuh dramatik berlangsung di Istanbul menemukan Liverpool dengan wakil Itali, AC Milan.
Ketinggalan 3-0 keatas Ac Milan, tidak menjadi pematah semangat buat anak buah Benitez untuk kembali bangkit menyamai kedudukan 3-3 sehingga tamat masa perlawanan sebenar.
Perlawanan dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti, dan Liverpool berjaya menjulang kejuaraan tersebut dengan keputusan penalti memihak kepada mereka 3-2.
“The Miracle Of Istanbul” menjadi kisah terindah yang akan terus terpahat dihati setiap penyokong The Reds.
Apa yang lebih manis buat Benitez, kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah tersebut merupakan kejayaan pertamanya bersama Liverpool hanya di musim pertama di Anfield.
Penutup
Klopp bersama bekas pasukannya Borussia Dortmund, perlu mengambil masa hampir 8 tahun dengan merevolusikan pasukan untuk membina sebuah empayar yang kuat di Jerman.
Jika Klopp berjaya membawa Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah musim ini, beliau harus diberikan penghormatan kerana berjaya mengembalikan semula maruah kelab gergasi England yang lena itu.
Dengan pemain seperti Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Virgil van Dijk, mampukah Klopp mengangkat Liverpool sebagai kuasa dominan bola sepak Inggeris?