Liverpool Akhiri Rekod Tanpa Kalah Man. City Dengan Penamat Penuh Debaran

Jika anda penyokong Liverpool, anda mungkin hampir sakit jantung menonton perlawanan awal pagi tadi. Mendahului 4-1 dan kemudian membenarkan Manchester City mengejar 4-3. City pula memiliki rekod untuk menjaringkan gol lewat yang sangat baik musim ini.

Berlangsung di Anfield, Manchester City terus gagal untuk menang di sana dalam perlawanan liga sejak 2013. Yaya Toure pernah berkongsi pengalaman beliau dengan pasukan moden Man. City yang serba lengkap, tetapi masih gagal akhiri badi itu.

Aguero pula memiliki rekod luar biasa ke atas Liverpool, tetapi masih belum pernah menjaringkan gol di Anfield di dalam karier beliau setakat ini.

Liverpool memulakan perlawanan dengan baik sekali dan mendahului pada minit ke-9 menerusi Oxlade Chamberlain. Satu counterpressing sempurna yang membawa kepada jaringan.

City bagaimanapun menyamakan kedudukan sebelum rehat. Kombinasi pertahanan lemah oleh Gomez dan Karius ditewaskan di tiang terdekat (near post).

Pada separuh masa kedua, Liverpool menjaringkan 3 gol dalam tempoh 8 minit 7 saat bermula daripada minit ke-59 oleh Firmino, diikuti Mane yang melakukan percubaan deras ke sudut atas.

Salah memastikan Ederson dihukum dengan jaringan dari jarak jauh selepas penjaga gol Brazil itu melakukan sapuan (sweeping) yang tidak kemas.

Seperti biasa, kerisauan Liverpool adalah bertahan selepas mendahului. Kemasukan Bernardo Silva berikan impak sangat positif kepada City.

Beliau menjaringkan gol kedua City. Tidak lama kemudian, giliran Gundongan menjaringkan gol ke-3.

Liverpool melepaskan sepakan percuma pada masa kecederaan. Tandukan Aguero hampir menerjah gawang meskipun dalam keadaan ofsaid.

Tamat perlawanan, Liverpool menang 4-3. Menamatkan potensi kebal (invincible) Manchester City, sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah City selama 286 hari dalam perlawanan EPL.

Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada Liverpool dan beliau menikmati perlawanan bola sepak yang baik.

https://twitter.com/GuardiolaTweets/status/952605437949509632

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN