Liverpool 4-0 Newcastle: Jurgen Klopp Tidak Mahu Cakap Tentang Kejuaraan Liga Lagi

Jika persembahan di atas padang mereka menjadi ukuran, barangkali ini tahun untuk Liverpool. Apabila berita gol Ricardo Pereira di King Power Stadium sampai di Anfield semalam, penyokong Liverpool bersorak gembira. Gol tersebut bermakna Liverpool kini selesa 6 mata mendahului liga.

Seminggu lepas, hanya 1 mata memisahkan Liverpool dan juara bertahan, Manchester City. Kini – secara diam-diam – tugas mencabar Liverpool itu diserahkan kepada Tottenham Hotspur pula.

Berbalik kepada perlawanan semalam, selepas Joselu gagal menanduk kemas hantaran lintang cemerlang Matt Ritchie, Dejan Lovren merembat voli gol pembukaan tuan rumah selepas kapten Newcastle, Jamal Lascelles gagal mengeluarkan bola dari kotak penaltinya.

Mohamad Salah kemudiannya menggandakan gol Liverpool selepas berjaya memenangi penalti dan menyempurnakannya. Meskipun cara Salah memenangi penalti tersebut agak berkontroversi (Benitez memanggil insiden penalti Salah ini, “penalti meragukan yang merubah segala-galanya.”), namun tiada siapa boleh menafikan dominasi The Reds dari mula sampai akhir perlawanan.

Newcastle langsung tidak mampu menghadirkan sebarang tentangan sehingga membolehkan Jurgen Klopp merehatkan Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino. Ditambah pula dengan pertahanan mereka yang bergelut menangani hantaran-hantaran lintang, terutamanya dari Trent Alexander-Arnold di kanan, adalah tak menghairankan apabila Xherdan Shaqiri berjaya menampan gol ketiga Liverpool.

Ketika penyokong Liverpool di Anfield masih meraikan berita gol Ricardo Pereira yang membuatkan Manchester City ketinggalan 1-2, Fabinho – yang masuk menggantikan Georgino Wijnaldum – memberi satu lagi sumber untuk mereka bergembira apabila berjaya menanduk masuk sepakan penjuru Salah.

Liverpool kini merupakan pasukan ke-4 dalam Premier League yang tidak pernah kalah dalam separuh musim, sama seperti Arsenal (2003/2004), Manchester United (2010/2011) dan Manchester City (2017/2018). Ketiga-tiga pasukan ini kemudiannya muncul juara liga di hujung musim masing-masing.

Jurgen Klopp bagaimanapun masih tidak mahu berbicara mengenai prospek Liverpool menjuarai liga lagi selepas kemenangan semalam.

“Kami tak tahu langsung mengenai keputusan Manchester City sampailah habis perlawanan,” kata pengurus Liverpool berbangsa Jerman itu. “Kami sedang berada dalam prestasi baik. Chelsea akan menang. Arsenal akan menang. Persaingan merebut kejuaraan ini akan berterusan hingga ke hari terakhir.”

“Tetapi apa yang penting, kami masih ada peluang [menjuarai liga]. Ketika ini, kami hanya bina asas-asas untuk musim cemerlang.”

Selepas ini Liverpool akan menentang Arsenal di Anfield pada 29 Disember sebelum bertemu Manchester City di Etihad pada 3 Januari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN