Liverpool melayan kunjungan Genk dalam aksi ke-4 UCL – peringkat kumpulan.
Liverpool sangat dominan dalam perlawanan ini. Merea mendahului menerusi Gini Wijnaldum pada minit ke-14.
Pada minit ke-35, Salah melakukan rembatan dari sebelah kiri yang hampir menerjah gawang.
Virgil Van Dijk turut memiliki beberapa peluang gol menerusi situasi sepakan penjuru.
Genk tidak banyak memegang bola dalam perlawanan ini. Namun percubaan ke arah gol mereka yang pertama – dan ia terus disempurnakan – untuk menyamakan kedudukan.
Bryan Heynen melakukan hantaran lintang yang cantik menemui Mbwana Samatta yang terlalu mudah menewaskan James Milner.
Pada separuh masa kedua, Jurgen Klopp melakukan sedikit perubahan dengan mengarahkan Mohamed Salah menjadi false 9.
Liverpool memperbaiki tempo permainan. Liverpool mendahului sekali lagi pada minit ke-53. Kali ini menerusi pemain yang sedang dalam prestai terbaik – Alex Oxade-Chamberlain.
Chamberlain menerima hantaran Mohamed Salah dalam kotak penalti. Beliau dengan kemas melakukan rembatan leret yang menerjah gawang.
Alisson kemudian dipaksa melakukan 2 saves oleh Genk.
Liverpool berterusan mencipta peluang gol namun penyudah mereka agak mengecewakan untuk pasukan yang ada 28 percubaan ke arah gol.
Liverpool menang 2-1.
https://youtu.be/cUjgsLop7Z0
Liverpool akan beraki menetang Manchester City dalam ksi EPL pada hujung minggu ini.