Liverpool 1 Everton 0: Kesilapan Pickford Dihukum Origi Untuk Kemenangan Lewat The Reds

Liverpool menunggu sehingga ke saat akhir untuk memenangi perlawanan derbi Merseyside pertama musim ini. Gol kemenangan daripada sumber yang tak dijangka iaitu Divock Origi – bahkan ramai penyokong Liverpool sendiri dah terlupa akan beliau.

Mana tidaknya, kali terakhir beliau bermain dalam EPL untuk The Reds pada Ogos 2017. Gol kemenangan itu dilabel oleh The Guardian dan BBC sebagai pelik.

Ianya berlaku pada minit ke-96 di mana, percubaan Van Dijk seakan-akan bakal menamatkan perlawanan tanpa jaringan. Bola itu melantun 2 kali di atas palang, Jordan Pickford melakukan kesilapan penjaga gol – gagal mengeluarkan bola tersebut. Bola berada di hadapan Origi dan disambar masuk oleh beliau.

Mungkin ini alasan Jurgen Klopp memasukkan Divock Origi:

Sebelum gol itu, Divock Origi gagal menyempurnakan peluang di hadapan gol pada minit ke-87. Percubaan beliau terkena bucu tiang gol.

Jurgen Klopp berlari masuk ke padang meraikan gol itu. Beliau kemudiannya meminta maaf di atas keraian yang beliau sifatkan sebagai salah.

Klopp berkata: “Pertama sekali saya mahu meminta maaf kerana keraian itu. Saya terus pergi kepada Marco Silva untuk meminta maaf, saya tak berniat untuk tidak menghormati pihak lawan.”

“Saya menghormati Everton – mereka pasukan yang kuat, tetapi hari ini cara mereka bermain adalah luar biasa. Sangat sukar untuk berhadapan dengan mereka.”

“Gol itu memang gol nasib. Namun idea kami jelas iaitu kami mahu menang dan berjuang sehingga ke saat akhir. Kami menunjukkan keinginan kami dengan memasukkan penyerang kami yang ada. Ianya perlawanan yang panjang dan terbuka. Rasanya kami berhak mendapat 3 mata.”

Everton kini masih tak menang ke atas Liverpool dalam 18 pertemuan terakhir. Liverpool dan Everton masing-masing mempunyai peluang gol terbaik dalam perlawanan ini. Sadio Mane terlepas beberapa peluang keemasan.

Manakala Everton memiliki peluang gol menerusi Yerry Mina yang diselamatkan oleh Alisson. Tidak lama selepas itu, Alisson menafikan percubaan jarak dekat Andre Gomez, bola melantu semula danJoe Gomez mengeluarkan bola di atas garisan gol.

https://twitter.com/saIahxi/status/1069270410489823232

Alisson menjadi watak penting Liverpool, kerana mereka ada masalah dengan isu ‘compactness’ ketika bertahan. Alisson turut menafikan percubaan bahaya Walcott.

Pickford juga cemerlang menafikan beberapa percubaan pemain Liverpool termasuk 1 lawan 1 dengan Xherdan Shaqiri.

Kemenangan ini mengekalkan jarak 2 mata Liverpool dengan pendahulu – Man. City. Mereka hanya bolos sekali di Anfield musim ini dalam EPL.

Everton pastinya kecewa dengan kekalahan minit akhir itu kerana ianya berpunca daripada ‘goalkeeping error’. Mereka juga memiliki 2 atau 3 peluang keemasan untuk mengejutkan Liverpool.

Dalam tempoh 124 tahun, masih belum ada pengurus Everton yang menang dalam debut mereka dalam EPL di Anfield.

Sebelum ini Marco Silva memiliki rekod 1 kemenangan dan 1 seri menentang Liverpool. Beliau pastinya optimis mahu mengakhiri badi Everton di Anfield.

Kali terkhir Liverpool menang ke atas Liverpool adalah pada Oktober 2010 – menang 2-0 – di Goodison Park hasil jaringan Cahill dan Arteta.

Kali terakhir Everton menang di Anfield adalah pada September 1999 menerusi jaringan tunggal Kevin Campbell. Selepas itu 19 kunjungan mereka ke Anfield berakhir dengan kegagalan mencatatkan sebarang kemenangan.

Pengurus Everton, Marco Silva berkata: “Ianya perlawanan dan keputusan yang sukar untuk kami. Kami tak sepatutnya kalah. Kami ada beberapa peluang terbaik namun inilah bola sepak. Perkara seperti ini sudah sebati dalam hidup kami. Gol seperti itu anda sudah jangka boleh berlaku.”

“Para pemain faham mereka berhak mendapat keputusan lebih baik. Kami memulakan perlawanan sebagai satu pasukan sehingga ke wisel penamat. Kami akan kekalkan apa yang kami lakukan dan cuba memberikan segala usaha untuk menang perlawanan selepas ini.”

Ditanya tentang kesilapan penjaga gol oleh Pickford, Marco menyatakan: “Saya hanya ingin menyatakan sokongan saya kepada Jordan, beliau penjaga gol yang hebat. Beliau pun tak jangka perkara seperti itu berlaku.”

Ketepikan seketika semangat derbi, Alisson turut memberikan sokongan beliau kepada Pickford selepas kesilapan itu.

Marco menambah lagi: “Saya bangga dengan pemain saya, lihatlah cara mereka [Liverpool] meraikannya. Ianya jelas menunjukkan kami telah memberikan mereka perlawanan yang sukar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN