Live Stream: Penang FA vs Kuching FA (Liga Premier 2020)

Penang FA (Pulau Pinang) akan meneruskan perlawanan keempat Liga Premier 2020 menentang Kuching FA di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Pulau Pinang yang diikat 1-1 oleh Perak II pada 10 Mac lepas pastinya mahu bangkit mencatat kemenangan meskipun bakal beraksi tanpa penyokong sendiri akibat larangan yang dikeluarkan MFL untuk mengelak penularan wabak COVID-19.

Kemenangan akan mengekalkan Pulau Pinang di tangga kedua Liga Premier, dua mata di belakang Terengganu II yang mencatat rekod 100% – empat kemenangan dari empat perlawanan setakat ini.

Kuching FA pula berdepan tugas berat untuk mengelak empat kekalahan berturut-turut. Kuching kini berada di tangga tercorot liga tanpa sebarang mata daripada tiga perlawanan.

Saksikan siaran langsung (live streaming) antara Penang FA dengan Kuching FA yang dibawakan khas oleh MyCujoo TV.

Leave a Reply