“Live Ke Delay?”- Peminat Persoal Aksi Piala Asia 2023 Menerusi RTM

Hasrat untuk para peminat bola sepak tempatan melihat aksi skuad kebangsaan dalam saingan Piala Asia 2023 menerusi siaran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya bakal menjadi kenyataan jua.

Pengesahan ini dikeluarkan sendiri menerusi Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil untuk menjawab persoalan ditinggalkan para peminat bola sepak tanah air sebelum itu jika RTM turut mendapat hak penyiaran.

“Ada satu lagi perkara saya ingin ‘update’ ini berkenaan Piala Asia yang akan berlangsung di Qatar bermula pada 12 Januari.

“Ada beberapa pihak yang bertanya sama ada ia akan disiarkan menerusi RTM dan jawapannya ialah ya, dan akan disiarkan bermula 12 Januari.

“Saya juga telah mendapat pengesahan daripada pihak-pihak berwajib, dan InsyaAllah akan disiarkan dan sedia ditonton di RTM bermula 12 Januari, jangan risau.

“Pihak kerajaan akan pastikan kita dapat tonton perlawanan melibatkan bukan hanya Harimau Malaya, tetapi juga pasukan-pasukan lain dalam saingan Piala Asia ini,” jelas beliau menerusi petikan daripada Astro Awani.

Khabar tersebut jelas mendapat reaksi cukup positif buat segelintir peminat yang tidak memiliki saluran Astro untuk menyaksikan siaran langsung tersebut.

Walaupun begitu, ada beberapa persoalan turut ditimbulkan mereka di media sosial jika ia akan ditayangkan secara siaran langsung atau tertunda di RTM.

Ini kerana, pengumuman dibuat Fahmi ketika itu langsung tidak menyebut ia akan disiarkan secara siaran langsung dan menimbulkan persoalan baharu dalam kalangan peminat.

Apapun, masih tiada pengesahan baharu dibuat oleh pihak kerajaan mengenai siaran tersebut dan berkemungkinan besar juga ia akan disiar secara tertunda.

Untuk menyaksikan siaran langsung secara menyeluruh bagi saingan Piala Asia 2023, kini dilaporkan hanya Astro sahaja memiliki hak tersebut dan sudah diumumkan lebih awal.

Malaysia bakal menghadapi cabaran sulung mereka pada 15 Januari ini berdepan Jordan bagi peringkat Kumpulan E sebelum menentang Bahrain dan Korea Selatan.

Ketika ini, skuad kebangsaan sudah pun berada di Qatar lebih awal untuk menjalani kem latihan dengan lebih rapi sebagai medan persediaan sebelum menghadapi perlawanan pembukaan di Qatar.

Sumber:
Astro Awani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN