‘LiVARpool Kembali’ – Peminat Kecewa VAR Terlalu Manjakan Liverpool

Para penyokong merasakan yang VAR sebenarnya terlalu memanjakan Liverpool dan terlalu bersungguh-sungguh untuk melihat kelab dari Merseyside itu untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Kekecewaan peminat mula meletus selepas melihat pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada The Reds ketika aksi bertemu Fulham di Anfield awal pagi tadi.

Peminat merasakan insiden yang melibatkan Issa Diop dan Darwin Nunez itu sepertinya tidak sepatutnya berakhir dengan Liverpool memenangi sepakan penalti.

Harapan Liverpool untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan kembali hidup selepas kejayaan mereka menewaskan Tottenham Hotspur 4-3 kemarin.

Walau mereka dilihat bakal mengakhiri perlawanan tersebut dengan keputusan seri sahaja, namun Diogo Jota berjaya meledak gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan tersebut.

Hari ini, skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mencatatkan satu lagi kemenangan selepas mereka menewaskan Fulham 1-0 di Anfield.

Kemenangan itu membantu mereka untuk merapatkan lagi jurang mata dengan pasukan yang sedang berada di kedudukan keempat.

Fulham sementara itu baru sahaja beri cabaran yang cukup sengit kepada Manchester City dengan mereka hampir saja menggagalkan skuad kendalian Pep Guardiola itu untuk mendapatkan 3 mata penuh.

Walau Fulham sudah memberikan saingan yang sangat hebat, namun mereka terpaksa akur tewas 2-1 di tangan Manchester City kemarin.

Dengan sokongan padu dari penyokong di Anfield, Liverpool berjaya menjaringkan gol pertama mereka yang juga gol kemenangan mereka dalam perlawanan ini pada minit ke-38 permainan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu diberikan kesempatan emas untuk mendahului perlawanan selepas pengadil, Stuart Attwell menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Ketika Diop menerima bola di dalam kotak penalti dan sedang dalam usaha beliau mahu mengeluarkan bola, Nunez masuk untuk memenangi bola tersebut.

Pemain kebangsaan Uruguay itu kemudiannya jatuh ketika beliau sedang berusaha untuk memenangi bola itu.

Peminat merasakan yang Nunez tidak disentuh sebaliknya beliau yang melanggar Diop sebelum jatuh mencium tanah.

Dan kerana Liverpool tetap dihadiahkan sepakan penalti, maka peminat merasakan yang Liverpool sebenarnya terlalu dimanjakan oleh VAR.

“Liverpool diberi dorongan dan sokongan yang sangat menakjubkan untuk beberapa perlawanan terakhir mereka.”

“LiVARpool kembali lagi, Diop bahkan langsung tak sentuh Nunez, Nunez sendiri yang datang melanggar dia.”

“LiVARpool datang lagi dan kali ini ia jelas menunjukkan mereka mahu lihat Liverpool beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.”

“Itu bukan penalti, tapi sebab mereka nak Liverpool ada dalam saingan Champions League, maka mereka melakukan segalanya yang mereka mampu untuk pastikan ia berlaku.”

“Ini bukan penalti, keputusan yang memalukan.”

Fulham sebenarnya memberi saingan yang sangat baik kepada Liverpool dalam perlawanan ini, namun sayangnya mereka gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Liverpool berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini dan gol sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mo Salah itu menjadi satu-satunya gol mereka dalam perlawanan ini.

Liverpool kini sedang berharap agar mereka akan mampu konsisten mengutip tiga mata penuh, dan pada masa sama mereka turut berharap Man United akan keciciran mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN