Liridon ‘Ubati’ Kecederaan & Luka Di Hati Disisih Harimau Malaya Dengan Lagu MatDon

Tak siapa sangka, pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi nampaknya telah memiliki lagu atas namanya sendiri, MatDon yang dinyanyikan seorang artis Spotify, Davage yang dilancarkan pada 24 Jun lalu.

Liridon atau mesra dengan panggilan MatDon dikalangan penyokong dan peminatnya dilihat hanya membuat kemunculan khas dalam video muzik lagu tersebut dan ia mendapat lebih 9,000 tontonan di YouTube.

Beliau turut dilihat telah membuat promosi di Instagramnya dengan kenyataan, “Link lagu MatDon di Bio”.

Liridon Krasniqi MatDon Instagram

Lagu MatDon ini mungkin mengisahkan tentang perjalanan hidup dan karier bola sepak Liridon berdasarkan latar belakang video muzik tersebut dan liriknya adalah hasil penulisan Mustafa Sali. Ia merupakan  lagu rap berbahasa Jerman. Tetapi melihat komentar di video tersebut, dikatakan lagu itu adalah dalam bahasa Albania.

Selain itu, dalam bahagian komen video tersebut juga dapat dilihat kata-kata positif daripada peminat Davage termasuklah Liridon. Menurut peminat Davage, lagu ini sangat menarik dan boleh menjadi sebuah lagu hit.

Melihat lagu-lagu yang dikeluarkan Davage sebelum ini, 60 peratusnya adalah berdasarkan manga dan anime dari Jepun, Naruto antaranya bertajuk Kakashi, Jiraiya dan Nagato. Nampaknya inspirasinya adalah Naruto.

Mungkin lagu ini bertindak sebagai ‘ubat’ kepada kekecewaan Liridon sebelum ini selepas namanya tersisih daripada skuad Harimau Malaya untuk saingan kelayakan Piala Asia. Beliau nyata kecewa tidak disenaraikan.

“Ini bukan penamat era Matdon. Saya kenal diri saya, saya tahu apa yang saya mampu lakukan. Saya sayang Malaysia dan saya sayang rakan sepasukan. Saya tidak pernah melihat begitu banyak perasaan sayang dan mesej yang indah melebihi 20 ribu mesej yang positif, ini memberi saya banyak harapan dan gembira untuk kembali lebih kuat.”

“Apabila jurulatih memberitahu saya berita itu [tidak tersenarai dalam skuad akhir], saya menangis dan sedih kerana bagi saya semua mengenai kemenangan dan mencipta sejarah terutamanya untuk negara yang saya sayang dan saya sanggup mati untuknya. Saya mengalami sedikit kecederaan semasa kem dan tidak dapat mempamerkan prestasi sebenar, jadi kami membuat keputusan untuk pulih dahulu kemudian bangkit semula.”

“Saya berusaha setiap hari tetapi ia tidak berkesan dengan semua kesakitan ini tiada siapa yang tahu. Saya mengorbankan kesihatan saya untuk memberikan seluruh negara apa yang mereka harapkan, tetapi malangnya saya tidak dapat.”

Instagram Liridon Krasniqi

Apa komen dan pandangan para penyokong dan peminat Liridon dengan perkembangan terkini beliau?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN