Bekas pemain import Kedah Liridon Krasniqi dikhabarkan sudah memiliki visa kerja di negara ini.
Melalui perkongsian melalui Instagram Story sebentar tadi, Liridon berkongsi visa kerja yang dikeluarkan di Pejabat Imigresen Melaka.
“5 Tahun cukup di Malaysia, sekarang menunggu (proses) terakhir,” tulis Liridon melalui perkonsian tersebut.
Gambar diatas adalah visa yang membenarkan beliau bekerja di Malaysia, dan bukannya passport Malaysia seperti yang disangka ramai.
Namun dipercayai permohonan beliau untuk memperolehi taraf kewarganegaraan kini mungkin sudah berada di fasa akhir.
Pada Mei lalu Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan skuad Harimau Malaya bakal diperkuatkan oleh beberapa orang lagi pemain naturalisasi selepas Mohamadou Sumareh.
Dan pada Jun lalu, Liridon Krasniqi dan juga penyerang utama Kuala Lumpur iaitu Guilherme De Paula disahkan oleh FAM akan menjadi pemain kedua dan ketiga yang dinaturalisasikan untuk skuad kebangsaan.
FAM kini menanti lampu hijau dari pihak FIFA untuk membenarkan Liridon dan De Paula mewakili skuad kebangsaan selepas segala prosedur lain telah pun dilakukan.
Tindakan FAM mengambil pemain natrualisasi adalah selepas terinspirasi melihat kejayaan pasukan utama dunia yang melakukan formula yang sama.
Visa di dalam gambar diatas membenarkan Liridon kembali beraksi di Liga Malaysia. Adakah beliau akan kembali menyertai Melaka United pada musim hadapan?