Liridon Krasniqi Jadi Pemain Naturalisasi Sarung Jersi Harimau Malaya?

Adakah benar pemain tengah import Kedah, Liridon Krasniqi sudi menyarung jersi Harimau Malaya?

Melalui satu muat naik yang dilakukan melalui Instagram Story, pemain yang berasal dari Kosovo itu berkata beliau sudi menyarung jersi pasukan negara jika tidak diperlukan negara asalnya, Kosovo.

“Jika tidak ada apa-apa dari Kosovo, saya bersedia untuk beraksi mewakili Malaysia. Saya sudah lama berada di sini. Dan saya sayangkan negara ini serta penduduk di negara ini,” ujar kenyataan tersebut yang terkandung di dalam IG Story milik pemain itu.

Selain daripada kata-kata tersebut, Liridon turut memuat naik gambar dirinya berlatarbelakangkan bendera Malaysia.

Bagaimanapun jika benar Liridon mahu beraksi untuk pasukan negara, beliau harus terlebih dahulu mendapat kelulusan sebagai penduduk tetap seperti mana yang dilakukan oleh Mohamadou Sumareh.

Foto: FAM

Walaupun Liridon sudah pun menyatakan niat beliau beraksi untuk Malaysia, ianya terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melakukan permohonan mengikut saluran perundangan.

Menurut perkara 19(1), seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun dan bukan warganegara malaysia boleh memohon kewarganegaraan Malaysia melalui kemasukan dengan syarat bahawa:

  • Telah bermastatutin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh permohonan itu.
  • Berniat hendak bermastatutin tetap di Persekutuan
  • Berkelakuan baik
  • Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu.

Liridon harus memenuhi semua syarat ini terlebih dahulu jika mahu beraksi untuk pasukan negara.

Kredit: FMLLP, Facebook.

Selain daripada itu, rekod turut menunjukkan Liridon pernah beraksi untuk Kosovo dalam tiga perlawanan persahabatan antarabangsa.

Namun FAM masih boleh mengubah perkara tersebut dengan menghantar permohonan kepada FIFA untuk melepaskan pemain itu untuk beraksi bersama Malaysia.

Bek kiri JDT, Corbin Ong adalah contoh pemain yang dikatakan telah mendapat pelepasan serupa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN