Selasa lepas (2 Jun 2015), Kedah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super, Terengganu di Stadium Darul Aman.
Kedah menang 3-0 hasil jaringan Liridon Krasniqi, Sandro Mendonca dan Ahmad Shakir.
Pemain tumpuan dalam perlawanan ini tentulah general jentera tengah Kedah, Liridon Krasniqi. Sepanjang perlawanan pemain import Kedah kelahiran Albania ini menunjukkan skil dan kemahiran yang tinggi.
Sentiasa tenang walaupun dikepung 2 pemain…
3 pemain? Tiada masalah…
Menghasilkan killer pass? Pun tiada masalah…
Tetapi ketika perlawanan hangat berlangsung, pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan buat seketika. Ini kerana seekor kucing berpendapat padang di Stadium Darul Aman memerlukan ‘baja’.
Pengadil terpaksa menghentikan perlawanan seketika. Pemain Kedah, Solehin Abdullah dan Krasniqi berunding siapa yang perlu membawa kucing itu keluar padang.
Solehin membawa kucing tersebut ke luar padang dan membiarkan kucing tersebut meneruskan ‘urusannya’. Krasniqi tidak dapat menahan ketawa.
Seorang pemain Terengganu mengesan ‘baja’ yang ditinggalkan kucing itu. Krasniqi mengarahkan pembantu pengadil mengambil plastik yang berada tidak jauh dari kawasan teknikal Kedah FA dan membersihkan najis tersebut.
Pembantu pengadil sendiri merasa jijik dan ragu-ragu dengan realiti hakiki apa yang beliau perlu lakukan. Beliau kelihatan teragak-agak. Krasniqi tanpa agak-agak terus mengambil plastik tersebut dan membersihkannya sendiri.
Lindon Krasniqi – jeneral padang, pengendali orkestra padang dan pembersih!
Sumber: Kedah FA
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter