Liridon Krasniqi Bakal Sertai ‘Revolusi Sepanyol’ Di Odisha FC?

Liridon Krasniqi Newcastle Jets 2021 Odisha FC 2022

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sekali lagi bakal berkembara ke liga luar negara dan kali ini dikhabarkan menyertai Odisha FC di Indian Super League (ISL).

Menurut portal yang berpangkalan di sana, IFTWC.com, mereka dapat mengesahkan bahawa maestro yang mempunyai kontrak bersama juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim itu bakal berkelana ke ISL untuk saingan musim baru, tidak lama lagi.

ISL akan memasuki musim ke-8 dan dijangka membuka tirainya pada pertengahan November depan. Odisha FC merupakan kelab yang ditubuhkan pada 2014 dengan nama Delhi Dynamos sebelum dijenamakan semula kepada Odisha FC pada 2019.

Mereka melalui musim yang baik ketika bergelar Delhi Dynamos dengan pernah berada di kedudukan ketiga liga pada musim 2016. Musim lalu adalah musim yang terburuk sepanjang penubuhan mereka apabila berada di tangga tercorot daripada 11 pasukan.

Mereka bakal dibimbing pengendali baharu untuk musim 2021/22 apabila melantik bekas penyerang yang pernah beraksi di Malaga CF di Sepanyol, Kiko Ramirez.

Berusia 51 tahun, Kiko Ramirez pernah membimbing tujuh pasukan seperti Gimnastic Tarragona dan CE L’Hospitalet sebelum sah menyertai Odisha FC pada Julai lalu.

Kiko Ramirez membawa masuk empat pemain dari Sepanyol untuk mengisi empat daripada enam kuota pemain import dan Liridon Krasniqi, jika benar bakal menyertai mereka, akan mengisi kuota pemain import dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Sejak menyertai JDT untuk musim 2020, beliau hanya sempat tampil dalam tiga perlawanan sebelum berkelana ke A-League di Australia bersama Newcastle Jets sehingga berakhir musim 2020/21 dengan merekodkan sembilan penampilan.

Beliau mendapat sambutan baik di kalangan penyokong Newcastle Jets dek kerana gaya permainannya yang fancy dan berbeza dengan pemain lain yang dimiliki mereka.

ISL hanya membenarkan empat pemain import diturunkan dalam satu-satu masa dan nampaknya, Liridon Krasniqi perlu bersaing dengan empat pemain senegara dengan pengendali iaitu Victor Mongil, Javi Hernandez, Hector Rodas dan Aridai Cabrera.

Selain dapat menimba pengalaman beraksi di liga luar negara sekali lagi, kali ini beliau akan dapat belajar pula gaya permainan di liga India dan mungkin teknik permainan Sepanyol yang bakal diterapkan oleh Kiko Ramirez dan empat rakan sepasukannya.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan JDT dan mungkin ia dalam fasa rundingan akhir sebagaimana yang dimaklumkan oleh wartwan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi akaun Twitternya, awal pagi tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN