Liridon Dapat Kad Pengenalan Malaysia

Liridon Krasniqi

Malaysia akhirnya akan mendapat pemain naturalisasi kedua selepas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi secara rasmi telah pun menjadi warganegara Malaysia pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Setiasusaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam akaun media sosial rasmi FAM yang mengumumkan bahawa pemain kelahiran Kosovo itu telah menerima kad pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

“Program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila Liridon Krasniqi, pemain tengah berasal dari Kosovo, hari ini secara rasminya telah pun menjadi warganegara Malaysia.

“Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018,” ujar Stuart dalam kenyataan tersebut.

FAM akan menghantar dokumen terbaharu tersebut bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan dan perlu menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi melayakkan pemain berusia 28 tahun itu layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Liridon akan menyertai Mohamadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi dan diharapkan penyertaannya akan memperkuatkan lagi skuad kebangsaan di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe.

Peminat bola sepak tempatan sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Liridon bersama seorang lagi jeneral tengah Harimau Malaya, Brendan Gan serta pemain muda berbakat, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dalam perlawanan akan datang.

Liridon berkemungkinan besar akan beraksi buat kali pertama dengan skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Bahrain pada 21 Mac ini di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town.

“FAM juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin serta para pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang telah banyak membantu sepanjang proses untuk Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian ini.”

Kredit Foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN