Dalam setiap pasukan juara, sudah pastinya ada pemain yang menjadi pusat tenaga di dalam pasukan.
Pemain ini digelar dinamo di dalam pasukan. Mereka bersifat sangat dinamik dan menjadi penggerak utama pasukan.
Liridon Krasniqi sudah tidak asing dengan pentas final di Stadium Shah Alam. 2 kali beliau sudah melakukannya dalam tempoh 3 tahun. 1 daripadanya menghasilkan kejayaan gemilang. Ini adalah final ke-3 beliau di Stadium Shah Alam.
Sumareh pula menghidupkan kembali karier beliau di Malaysia pada musim ini. Ternyata Dollah Salleh tidak rugi untuk terus memberikan kepercayaan kepada pemain ini.
Posisi
Liridon Krasniqi adalah tipikal pemain tengah kotak ke kotak ataupun box to box. Beliau bergerak ke semua tempat termasuk dari kotak penalti sendiri sehinggalah ke kotak penalti lawan.
Beliau adalah jeneral di dalam padang untuk pasukan Kedah.
Corak permainan beliau adalah bergantung kepada kelincahan, visi dan mobiliti. Dan tidak lupa juga beliau suka melakukan aksi fancy di dalam padang.
Sumareh pula tipikal pemain sayap yang sangat direct di dalam gerakan. Pemain ini tidak fancy seperti Liridon. Beliau akan cuba melakukan ancaman segera dan cepat melepaskan bola kepada rakan.
Musim ini Sumareh antara pemain yang konsisten di dalam pasukan Pahang. Tugas berat menanti mana-mana bek kiri pasukan Kedah.
Pengaruh di dalam padang
Dari segi pengaruh di dalam perlawanan, Liridon adalah lebih kuat. Sumareh pula lebih berdarah sejuk.
Namun dari segi taktikal, kedua-dua pemain ini antara pemain yang akan memperbaiki dan mempengaruhi aksi pemain di sekitar mereka.
Jadi, dari segi pengaruh di dalam padang Liridon memiliki pakej lengkap termasuk di dalam pasukan beliau.
Namun Sumareh tetap berpengaruh untuk sistem dan prestasi pasukan.
Penting ketika serangan balas
Liridon adalah titik fokal di dalam taktikal pasukan Kedah. Jadi, ketika proses circulation dan transisi bola dari bertahan ke serangan beliau sentiasa menjadi nadi penting untuk menyebarkan bola ke sektor lain.
Sumareh pula memiliki kepantasan dan kemampuan untuk mengatasi pertahanan (take-ons) yang tinggi.
Jadi, Liridon lebih pivotal ketika serangan balas. Manakala Sumareh lebih kepada penggerak bola yang diberikan kepada beliau.
Sebelum wisel
2 pemain yang boleh dikatakan pemain istimewa di dalam pasukan masing-masing. Hanya seorang sahaja di antara mereka yang akan menjulang Piala FA 2017.
Siapa agaknya?