Liridon Dan De Paula Semakin Hampir Bergelar Pemain Harimau Malaya

Jika perkembangan terkini seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam, maka pasukan negara kendalian Tan Cheng Hoe bakal diperkuatkan oleh dua pemain naturalisasi baharu dalam tempoh terdekat.

Bukan rahsia lagi bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini sedang berusaha untuk menjadikan pemain tengah JDT, Liridon Krasniqi dan penyerang Perak, Guilherme De Paula selaku pemain naturaliasi sejak awal tahun lalu lagi.

Dalam perkembangan terbaru, pengurus pasukan skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kedudukan dan status kedua-dua pemain tersebut akan dimaklumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan ini.

“Pada kita nampak positif untuk diluluskan sebab itu kami hantar borang tersebut kepada FIFA. Semua dokumen yang diperlukan FIFA juga kita penuhi tetapi kita tak tahu mungkin dari segi pandangan FIFA ada yang tidak kena.

“Namun, keyakinan kami tinggi bahawa ia akan diluluskan dan kedua-dua pemain itu dapat bermain bersama pasukan kebangsaan nanti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

“Jika sudah lepas [di peringkat] FIFA, kami akan daftarkan kerakyatan mereka. Kami juga sudah bersedia dengan segala dokumen untuk diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia,” jelas beliau lagi.

De Paula

Walaupun sekiranya sudah mendapat pelepasan dari FIFA dan KDN, Yusof berkata Liridon dan De Paula tidak akan beraksi di dalam baki tiga perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE, Vietnam dan Thailand pada tahun ini.

Kedua-dua pemain hanya boleh didaftarkan untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 sekiranya pasukan sedia ada berjaya mara ke peringkat tersebut.

Namun kedua-dua pemain tidak mempunyai masalah untuk diturunkan dalam mana-mana aksi persahabatan antarabangsa dan juga kejohanan Piala AFF Suzuki pada tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN