Meskipun mempunyai klausa yang membenarkannya meninggalkan Barcelona, Lionel Messi menjelaskan bahawa tidak akan keperluan buat dirinya untuk mencari pasukan lain.
Pemain berusia 32 tahun itu tanpa berselindung menyifatkan Barcelona adalah kelab yang terbaik di dunia.
Sejak menyertai Akademi La Masia pada tahun 2001, bintang kelahiran Rosario, Argentina itu telah mengecapi pelbagai kenangan manis bersama The Blaugrana.
“Saya akan mengetahui dari masa ke masa, kerana anda menyedari sendiri apabila anda tidak boleh pergi [meninggalkan Barcelona].”
”Tidak ada keperluan untuk saya meninggalkan kelab terbaik di dunia, iaitu Barcelona. Di sini saya menikmati setiap latihan, perlawanan dan bandaraya ini.”
”Keseluruhannya ini adalah pengalaman yang lengkap dan saya selalu ingat apa tujuan saya di sini tanpa perlu mencari di tempat lain,” ujar Messi lagi.
Barcelona ketika ini menduduki tangga kedua kancah La Liga 2019/20 dengan 16 mata hasil lima kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan yang dicatatkan selepas mengharungi lapan perlawanan.
Skuad bimbingan Ernesto Valverde itu ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga yang juga merupakan musuh tradisi, Real Madrid.