Lionel Messi Tidak Pernah Kisah Dengan Anugerah Individu Yang Beliau Dapat

Lionel Messi merupakan pemain yang mempunyai yang cukup ramai peminat di seluruh dunia bukan?

Persembahan individu beliau membuatkan ramai yang terpesona dengan aksinya.

Sepanjang kariernya, Messi dianugerahkan dengan pelbagai anugerah diatas pencapaian individu beliau yang cukup cemerlang.

Beliau kini sudah mempunyai 5 gelaran Ballon d’Or – gelaran pemain individu yang paling berprestij untuk seorang pemain bola sepak.

SAN SEBASTIAN, SPAIN – JANUARY 14: Lionel Messi of FC Barcelona celebrates 4-2 during the La Liga Santander match between Real Sociedad v FC Barcelona at the Estadio Anoeta on January 14, 2018 in San Sebastian Spain (Photo by Laurens Lindhout/Soccrates/Getty Images)

Namun adakah Messi bermimpikan untuk memenanginya anugerah tersebut lagi?

Kata Messi, tidak lagi.

Hal ini kerana, Messi sebenarnya tidak pernah memikirkan segala anugerah individu yang dianugerahkan kepada beliau.

“Adakah anda pernah terfikir nak menang satu lagi anugerah Ballon d’Or?”, tanya seorang wartawan kepada Messi.

“Saya sudah tetapkan matlamat saya adalah untuk memenangi kejuaraan secara berpasukan.”

“Anugerah individu bukanlah satu perkara yang saya fikirkan dalam fikiran saya.”

Barcelona players pose with the three trophies as they take part in the celebrations held for their victory over Juventus, one day after the UEFA Champions League final football, at the Camp Nou stadium in Barcelona on June 7, 2015. Luis Suarez and Neymar scored second-half goals to give Barcelona a 3-1 Champions League final victory over Juventus on June 6, 2015 as the Spaniards became the first team to twice win the European treble. AFP PHOTO/ JOSEP LAGO (Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

Bagi Messi, setiap musim sasarannya adalah sama iaitu untuk memenangi semua kejuaraan yang mereka sertai.

“Sasaran kami setiap musim semuanya sama sahaja, kami mahu menang semua piala.”

“Saya berharap Barcelona akan tamatkan musim ini dengan cemerlang, dan kami sekarang berada di landasan tepat untuk menamatkan musim yang cemerlang.”

Bercakap dengan polisi Ernesto Valverde yang gemar melakukan pusingan skuad, Messi menyatakan yang beliau tidak kisah dengan pusingan skuad tersebut.

“Urusan pusingan skuad itu merupakan urusan jurulatih. Saya tak kisah jika Valverde mahu melakukan sedemikian.”

“Saya kerap bercakap dengan beliau dan saya selesa dengan polisinya itu. Sama juga dengan pemain yang lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN