Bintang yang merupakan kapten Barcelona, Lionel Messi mengakui dirinya sudah penat apabila seringkali dipersalahkan setiap kali berlakunya masalah di kem kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu.
Selain daripada isu dalaman sebelum ini, Messi turut dikatakan menjadi punca kepada prestasi hambar dipamerkan penyerang kelahiran Perancis, Antoine Griezmann yang mula menyertai The Blaugrana pada musim lalu.
Griezmann yang dibawa masuk dari Atletico Madrid dengan yuran perpindahan bernilai €120 juga itu hanya mampu menjaringkan sembilan gol dalam 35 perlawanan La Liga.
Sehubungan dengan itu, bapa saudaranya, Emmanuel Lopes dan bekas ejen, Eric Olhats mendakwa bahawa Messi menjadi penyebab kepada penurunan prestasi Griezmann sehingga beliau tidak mampu mengulangi kehebatannya seperti di Atletico Madrid.
”[Griezmann] tidak yakin dia akan berjaya pada enam bulan awal, tetapi apa yang saya tidak jangkakanya ialah keadaan itu berterusan sehingga semusim. Selain itu, dengan Messi, saya tahu apa yang telah berlaku di dalam kelab itu. Ianya tidak mudah.”
”Pada dasarnya, [Messi] tidak bekerja keras di Barca dan sesi latihan dirancang untuk memudahkan individu-individu tertentu, di mana tiada masalah sekiranya anda tidak perlu bekerja keras,” jelas Lopes menurut laporan Goal.
Ketika diminta mengulas perkara tersebut, ini merupakan respon bersahaja daripada pemenang enam kali Ballon d’Or tersebut:
”Saya penat kerana sentiasa menjadi masalah kepada semua orang di kelab ini.”
”Saya baru sahaja sampai di sini selepas mengharungi 15 jam penerbangan dan di sini saya berjumpa dengan ejen cukai. Ia sesuatu yang sungguh mengarut,” ujar Messi.
Kredit featured image: Tim Clayton/Corbis via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:
Lionel Messi: Apa Yang Saya Lakukan Untuk Kebaikan Barcelona
Statistik Menunjukkan Lionel Messi Sedang Mengubah Gaya Permainannya
Lionel Messi Jadi Punca Real Madrid Hilang Dominasi Di El Clasico