Lionel Messi Kini Penyerang Paling Berbisa La Liga Dengan Rekod 400 Gol

Messi

Lionel Messi menjadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan 400 gol di La Liga, selepas membanti Barcelona menewaskan Eibar 3-0 di Nou Camp pada Ahad.

Pemain tengah berusia 31 tahun itu menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan terakhir – termasuk dua gol ketika menentang Espanyol, dan hatrik ke atas Levante.

(Photo by Mikel Trigueros/Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)
Mudah tundukkan Eibar

Luis Suarez membuka tirai jaringan dalam perlawanan menentang Eibar selepas kemas menyempurnakan peluang hasil gerakan Philippe Coutinho – yang memulakan perlawanan buat kali pertama sejak 2 Disember lalu.

Messi menggandakan pendahuluan yang dimiliki Barcelona pada minit ke-53 perlawanan selepas menerima hantaran Suarez – sekaligus mencipta rekod baharu La Liga.

Enam minit kemudian , lontaran ke dalam Sergi Roberto terus mencari Suarez yang terus melencongkan bola melepasi Asier Riesgo untuk gol ketiga Barcelona.

(Photo by Mikel Trigueros/Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde memuji persembahan oleh Messi selepas perlawanan, malah yakin pemain dari Argentina itu mampu menjaringkan lebih banyak gol sehingga melepasi angka 500 pada masa hadapan.

“400 adakah angka yang menakjubkan. Mudah untuk kita berkata. Tetapi jika kita melihat setiap salah satu jaringan tersebut, julah tersebut sukar dipercayai. Messi adalah pemain luar biasa ibarat dari galaksi lain,” ujar Valverde.

“Beliau bukan sekadar seorang penjaring gol. Segala-galanya yang beliau hasilkan, jaringan-jaringan itu, dan apa yang beliau lakukan di sini adalah menakjubkan.”

Penjaring terbaik La Liga

Secara keseluruhan, Messi telah menjaringkan 25 gol dari 23 penampilan untuk Barcelona dalam semua pertandingan pada musim ini. 17 daripada gol tersebut adalah dari saingan liga.

Messi adalah penjaring terbanyak La Liga sejak November lalu – selepas memecahkan rekod Telmo Zarra. Bekas penyerang Atletico Madrid era 1950 an itu menjaringkan 251 gol sepanjang kariernya.

Cristiano Ronaldo turut sudah melepasi rekod oleh Zarra. Namun bintang antarabangsa Portugal itu memilih untuk berhijrah ke Itali bersama Juventus pada musim panas lalu – setelah merekodkan 311 jaringan untuk Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN