Lionel Messi Menjelaskan Penghijrahan Neymar Ke PSG Berjaya Bantu Barcelona

Lionel Messi

Bintang Barcelona, Lionel Messi percaya bahawa rekod tanpa kalah dalam saingan La Liga berserta kelebihan 11 mata membuatkan kelab Catalan itu lebih stabil sejak kehilangan pemain antarabangsa Brazil, Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG).

Menurut Goal, ketika ditanya adakah kehilangan Neymar telah membuatkan Barcelona semakin meningkat, Messi seolah-olah berfikir sedemikian.

Barcelona telah kehilangan Neymar pada jendela perpindahan musim panas yang lalu apabila PSG mengaktifkan klausa perpindahan bernilai  €222 juta.

Neymar sebelum ini berjaya membentuk gandingan ‘MSN’ bersama-sama Lionel Messi dan Luis Suarez dalam memacu kejayaan dalam La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, bagi pemenang lima kali Ballon d’Or itu berkata Barcelona menjadi lebih baik tanpa pemain Brazil itu dengan pencapaian semasa yang dipamerkan kelab tersebut dalam saingan liga.

”Tanpa Neymar, kami menjadi lebih seimbang,” Messi memberitahu kepada World Soccer.

PARIS, FRANCE – OCTOBER 31: Neymar of PSG celebrates after his free kick leads to the goal scored by Layvin Kurzawa of PSG during the UEFA Champions League group B match between Paris Saint-Germain and RSC Anderlecht at Parc des Princes on October 31, 2017 in Paris, France. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

”Pemergiannya ke Perancis bermakna perubahan bagi corak permainan perlu dilakukan, kami kehilangan dalam aspek menyerang tetapi ianya membantu kami ketika bertahan.”

”Kami kini sangat baik di bahagian tengah, ia membuatkan kami lebih kuat ketika bertahan.”

Barcelona kini sedang mempersiapkan pasukan bagi menghadapi pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah bagi bertemu Chelsea.

Lionel Messi melihat sebuah lagi pasukan dari England iaitu Manchester City sebagai pasukan yang wajar diberikan perhatian pada saingan kali ini.

”Manchester City adalah antara pasukan yang kuat di dunia ketika ini, sama juga dengan PSG.”

”Bagaimanapun saya tidak boleh menafikan keupayaan Real Madrid yang mempunyai kualiti dan pengalaman. Kemudiannya Bayern Munich, sebuah lagi pasukan hebat yang akan bersaing hingga ke akhirnya. Tetapi ketika ini, City dan PSG adalah yang terbaik.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN